menelan air atau cecair lain ke dalam badan melalui mulut From Wikipedia, the free encyclopedia
Minum adalah aktiviti mengambil cecair melalui mulut. Air, misalnya, diperlukan untuk membantu proses fisiologi kehidupan. Lebihan atau kekurangan air dalam tubuh juga mempengaruhi kesihatan manusia.
Setiap hari, manusia memerlukan 1-2 liter air untuk membantu proses fisiologi di dalam tubuh. Had minimum adalah kira-kira 1.6 liter (600 ml untuk air kencing, 200 ml untuk tinja, dan 800 ml untuk kulit dan paru-paru). Air yang diperlukan termasuk air yang terkandung di dalam makanan.
Penyahhidratan (kekurangan cecair dalam tubuh) dapat menimbulkan rasa haus. Rasa haus merupakan perasaan ingin minum dan tekak yang kering. Perkara ini diatur oleh hipotalamus untuk bertindak balas terhadap perubahan kadar elektrolit di dalam tubuh, dan juga sebagai kesan perubahan isipadu peredaran darah.
Polidipsia adalah istilah kesihatan, iaitu aktiviti mengambil air yang banyak dan boleh merupakan tanda pelbagai macam penyakit (diabetes mellitus, diabetes insipidus, dan beberapa keadaan psikologi).
Banyak penyakit di dunia disebabkan oleh kekurangan air minum yang bersih. Kekurangan air akan menyebabkan kematian akibat hipernatremia dan penyahhidratan. Berpeluh boleh menghabiskan banyak cecair tubuh.
Penghidratan lampau merupakan kegiatan untuk mengurangkan kadar garam dalam tubuh, kadang kala dilakukan atlet dengan cara meminum air yang banyak.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.