From Wikipedia, the free encyclopedia
Mikoyan-Gurevich MiG-25 (Rusia: МиГ-25 ) (nama pengenalan NATO "Foxbat") merupakan sebuah pesawat pemintas/pengawasan/pengebom berkelajuan supersonik yang direka oleh Biro Rekabentuk Mikoyan-Gurevich dari Rusia. Prototaipnya telah diterbangkan pertama kali pada 1964, dan mula memasuki perkhidmatan pada 1970. Dengan kelajuan tertinggi Mach 3.2, radar berkuasa dan empat peluru berpandu udara ke udara, MiG-25 telah membimbangkan pemerhati Barat dan menyebabkan F-15 Eagle dibangunkan.
MiG-25 | |
---|---|
Peranan | Pesawat pemintasInterceptor/pengawasan |
Pengeluar | Mikoyan-Gurevich OKB |
Penerbangan sulung | 6 Mac 1964 |
Diperkenalkan | 1970 |
Status | Perkhidmatan terhad |
Pengguna utama | Tentera Udara Rusia Tentera Udara Algeria Tentera Udara Syria Tentera Udara Armenia |
Jumlah dibina | 1,190 |
Kelainan | Mikoyan MiG-31 |
Keupayaan sebenar pesawat ini tidak didedahkan kepada Barat sehingga tahun 1976 apabila Viktor Belenko, seorang juruterbang MiG-25 Soviet, berpaling tadah ke Jepun. Analisis yang dilakukan mendedahkan rekabentuk yang ringkas tetapi berfungsi dengan elektronik tiub-vakum, dua enjin turbojet besar dan sedikit penggunaan bahan-bahan termaju seperti titanium. MiG-25 telah dikeluarkan sebanyak 1,190 buah,[1] dan ia digunakan oleh beberapa negara sekutu Soviet dan negara bekas republik Soviet. Ia masih digunakan dalam perkhidmatan terhad di Rusia dan beberapa negara-negara lain.
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.