Mikail Andre
Pelakon dan pengarah filem Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Muhammad Mikail Andre Nazrul Andre (Tulisan Jawi:ميكايل اندري, lahir 17 Julai 1992) merupakan seorang pelakon dan pengarah filem Malaysia. Beliau ialah anak kepada pelakon veteran Khatijah Tan dan adik kepada pelakon dan pengarah terkenal, Pierre Andre. Beliau memulakan kerjayanya selepas menamatkan tempoh persekolahan menengahnya dengan membantu abangnya di belakang takbir set penggambaran filem.
Fakta Segera Kelahiran, Nama lain ...
Mikail Andre | |
---|---|
ميكايل اندري | |
Kelahiran | Muhammad Mikail Andre bin Nazrul Andre (1992-07-17) 17 Julai 1992 (umur 32) |
Nama lain | Mika |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah |
Tahun aktif | 2011–kini |
Terkenal kerana | Hantu Dalam Botol Kicap |
Pasangan | Siti Nur Aima Fauzi (k. 2017) |
Anak-anak | 1 |
Ibu | Khatijah Tan |
Bapa | Nazrul Andre Abdullah |
Saudara | Pierre Andre (abang) |
Tutup