From Wikipedia, the free encyclopedia
Mesingan Ringan Chatellerault Model 1924/29 merupakan senjata yang dikeluarkan di Perancis dan digunakan semasa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.
FM 24/29 | |
---|---|
Jenis | mesingan ringan |
Tempat asal | France |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 1925–1950s 1930s to 2000–2006 (National Gendarmerie) |
Digunakan oleh | See Users |
Perang | Perang Rif Perang Dunia Kedua Paerang Indochina Pertama Perang Algeria Krisis Suez Perang Vietnam Perang Saudara Kemboja |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | Lt col. Reibel assisted by Chief Armorer Chosse |
Direka | 1923 |
Pengeluar | Manufacture d'Armes de Châtellerault |
Dihasilkan | 1925-1957 (190,400 delivered) |
Aneka | M1924-M29D M1931 |
Spesifikasi | |
Berat | 8.9 kg (19.7 lb) |
Panjang | 1080 mm (42.5 in) |
Kartrij | 7.5×54mm French |
Kaliber | 7.5mm |
Laras | 1 |
Aksi | Gas-operated |
Kadar tembakan | 450 rpm |
Halaju muncung | 830 m/s (2,722.4 ft/s) |
Sistem suapan | 25 round detachable box magazine |
Penglihatan | Iron sights |
Semasa Perang Dunia Pertama, Perancis merupakan salah satu negara yang memperkenalkan mesingan ringan, kebanyakannya merupakan jenis Chauchat Model 1915 dengan kaliber 8 mm (0.3 inci). Sungguhpun mesingan Chauchat Model 1915 ini memberikan kuasa tembakan yang berguna pada tentera, ia bukanlah senjata yang boleh diharap. Pada tahun 1920, jontrak diberikan pada kilang senjata kerajaan di Chatellerault untuk mereka model pengganti yang akan menggunakan peluru kaliber 7.5 mm (0.29 inci) yang sedang dibangunkan ketika itu.
Ia direka berasaskan US Browning BAR 1918. Pada tahun 1924 mesingan baru ini mula digunakan dalam perkhidmatan Tentera Perancis. Bagaimanapun ia berhadapan dengan masalah kadang-kala meletup ketika digunakan dalam mod tembakan berterusan. Semasa penyiasatan, ia didapati bahawa keluli berkualiti lebih rendah telah digunakan semasa pengeluaran, yang lambat mengalirkan haba menyebabkan katrij menyala ketika ia disuap masuk.
Model yang dipertingkatkan mula dihasilkan pada 1929. Selain itu, variasi bagi pemasangan pada kapal terbang dan kubu juga dihasilkan. Selepas kemenangan menawan Perancis, pihak Wehrmacht menawan sejumlah besar simpanan mesingan dan menamakannya sebagai MG Model 24/29. Selepas perang, Tentera Perancis terus menggunakannya selama beberapa tahun berikutnya.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.