Media Mulia
syarikat Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Media Mulia Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat penerbitan dan pengedaran bahan bercetak Malaysia. Ditubuhkan pada 23 Ogos 2018 sebagai Dilof, anak syarikat Utusan Melayu (M) Berhad, namanya telah ditukar kepada Media Mulia pada 9 Oktober 2019 lantaran 70 peratus kepentingan Dilof dijual kepada Aurora Mulia,[1] pemegang saham terbesar Media Prima Berhad, kumpulan media dan hiburan terbesar Malaysia.[2]
Fakta Segera Nama dahulu, Jenis/bentuk sah ...
Nama dahulu | Aurora Media Sdn. Bhd. |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Swasta |
Industri | Penerbitan dan percetakan |
Pendahulu | Dilof (2018–2019) |
Ditubuhkan | 23 Ogos 2018; 5 tahun yang lalu (2018-08-23) |
Pengasas | Syed Mokhtar Al-Bukhary |
Ibu pejabat | Shah Alam, Selangor, Malaysia |
Tokoh penting | Syed Mokhtar Al-Bukhary (Pengerusi) |
Syarikat induk | Kumpulan Utusan |
Anak syarikat | Media Prima Berhad |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Tutup
Media Mulia mengambil alih pengurusan Utusan Malaysia dan Kosmo! apabila kedua-dua akhbar berkenaan dihentikan penerbitan pada 9 Oktober 2019 akibat masalah kewangan yang dihadapi oleh Utusan.[3]