From Wikipedia, the free encyclopedia
Mecklenburg-Vorpommern (singkatan MVP, kod negeri MV) ialah salah satu daripada 16 buah negeri di dalam Republik Persekutuan Jerman. IA terletak di timur laut negara ini dan memiliki keluasan sekitar 23,180 km² serta penduduk berjumlah lebih 1.6 juta orang. Ibu negerinya ialah Schwerin.
Negeri ini dibentuk daripada dua buah wilayah bersejarah, iaitu Mecklenburg dan Pommern, yang sebahagiannya kini ditadbir oleh Poland. Kedua-dua wilayah bersejarah itu merupakan wilayah yang ditadbir oleh Prusia sehingga pembubaran Empayar Jerman. Berikutan kekalahan tentera Jerman sewaktu Perang Dunia Kedua, sebahagian daripada wilayah Pommern yang luas diserahkan kepada Poland. Manakala bakinya yang lain diserapkan ke dalam Mecklenburg. Selepas penyatuan semula Jerman pada tahun 1990, negeri itu ditukar namanya kepada Mecklenburg-Vorpommern. Nama Vorpommern, bermaksud Pommern Dekat, tetapi sering dipanggil Western Pommerania (Pommern Barat) di dalam bahasa Inggeris.
Mecklenburg-Vorpommern sejak 4 September 2011 dibahagi kepada enam Kreise (daerah) pedalaman dan dua daerah bandar:
dan
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.