Masakan Vietnam
From Wikipedia, the free encyclopedia
Masakan Vietnam (Jawi: ماسقن ۏيتنامcode: ms is deprecated ) adalah suatu gaya masakan yang berasal dari negara Vietnam dengan sos ikan, kicap, nasi, herba segar, buah-buahan dan sayur-sayuran semuanya digunakan secara umum. Resipi Vietnam menggunakan beraneka jenis herba, termasuk serai, pudina, daun laksa, daun jeruju gunung dan selasih Thai. Masakan Vietnam tradisional dikagumi secara besar dengan kesegaran ramuan dan untuk gaya makanan sihat.
Daging yang paling umum digunakan dalam masakan Vietnam adalah daging babi, daging ayam, ikan, dan pelbagai jenis makanan laut. Orang Vietnam mempunyai tradisi vegetarian kuat dipengaruhi oleh nilai-nilai agama Buddha.