From Wikipedia, the free encyclopedia
Martabak[1] atau murtabak (Jawi: مرتابق, pinjaman Arab: مطبق, rumi: muṭṭabaq, lit. 'terlipat' terbitan kata kerja dasar طَبَّقَ ṭabbaqa "menutup"[2]) ialah sejenis makanan berlauk terdiri daripada roti berupa roti canai yang berlapis dengan inti daging cincang, telur, rempah, bawang dan sebagainya. Ia dijual di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia,[3] Indonesia, Singapura, dan Thailand, dan juga di Semenanjung Arab termasuk Arab Saudi dan Yaman.[4] Salah satu akal adalah ia mungkin datang daripada pendatang Muslim India dari Tamil Nadu yang bertempat di Asia Tenggara dan Semenanjung Arab.[5]
Kandungan rencana ini berkait dengan makanan. |
Nama dan bahan yang digunakan berbeza mengikut tempat, namun ia tetap menjadi makanan jalanan terkenal se-Nusantara, terutama sekali di Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Martabak jenis berlauk secara asasnya terdiri daripada tiga lapisan segi empat sama dengan inti daging lembu atau daging ayam.[6][7] Di Yaman, martabak adakalanya juga mengandungi daging kambing. Martabak yang berintikan telur (yakni, martabak telur) ada didapati di Palembang, ia lazimnya mempunyai tekstur gurih apabila dimakan.[8]
Ada juga jenis martabak yang berintikan sayur - resipi yang berintikan banyak kentang yakni "martabak kentang"[9] lazim ada di Kota Jambi, Palembang dan Lampung di mana ia diperisakan dengan telur, rempah ratus dan daun bawang.[9][10]
Di Malaysia, inti dagingnya (baik lembu, ayam atau kadangkala juga kambing) sering diperisakan dengan dengan bawang putih, bawang merah dan telur. Di Kelantan, terdapat hidangan martabak istimewa yang tebal dan mempunyai banyak inti yang dikenali sebagai Murtabak Raja,[11] hidangan ini menjadi pernah jadi masyhur kerana digemaran kerabat diraja Kelantan ketika 1950-an, tetapi kini martabak dijual kepada khalayak umum. Di Singapura pula, martabak sayur dan martabak berinti ayam dan lain-lain wujud dan boleh didapati di restoran Muslim India di Little India dan Arab Street.[12][13] Martabak cheese ada inti berlauk daging dan keju. Kulit luar juga disalut dengan cebisan keju. Mozarella dan Cheddar adalah dua jenis keju yang sering digunakan untuk membuat murtabak cheese ini.
Di Indonesia, martabak dibezakan antara yang jenis berlauk atau "savori" dengan yang jenis manis - "martabak manis" lebih diberi nama apam balik di Malaysia.[5]
Martabak lazim dihidang dengan pelbagai jenis cicahan:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.