![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d5/Hitler-Headquarters-Europe.png/640px-Hitler-Headquarters-Europe.png&w=640&q=50)
Markas Führer
From Wikipedia, the free encyclopedia
Führer Headquarters atau Markas Führer (Führerhauptquartiere dalam Bahasa Jerman), disingkatkan FHQ, ialah nama umum bagi beberapa ibupejabat rasmi yang digunakan oleh pemimpin Nazi Adolf Hitler dan beberapa orang komander Jerman serta para pegawai di serata Eropah semasa Perang Dunia II. Markas yang paling terkenal adalah Führerbunker di Berlin, Jerman, dimana Hitler membunuh diri pada 30 April 1945. Antara markas terkenal yang lain adalah Wolfsschanze (Wolf's Lair) di Prusia Timur, yang mana Claus von Stauffenberg bersekongkol dengan konspirator yang lain cuba membunuh Hitler pada 20 Julai 1944, dan rumah peribadi Hitler, iaitu Berghof, di Obersalzberg berhampiran Berchtesgaden, dimana beliau kerap bertemu dengan para pegawai terkenal asing dan dalam negeri.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d5/Hitler-Headquarters-Europe.png/640px-Hitler-Headquarters-Europe.png)