masalah kesihatan akibat pengambilan zat yang terlalu sedikit atau pada nisbah yang salah From Wikipedia, the free encyclopedia
Malnutrisi atau malpemakanan merupakan keadaan yang terhasil akibat pengambilan nutrien yang tidak mencukupi di mana sesetengah zat kurang atau dalam nisbah yang salah. Sejumlah keadaan permasalahan nutrisi mungkin timbul, bergantung kepada nutrisi mana yang kurang atau terlebih dalam permakanan. Di kebanyakan di dunia, malnutrisi wujud dalam bentuk kekurangan nutrisi, yang disebabkan oleh permakanan yang kekurangan kalori dan protein.[1] Sungguhpun malnutrisi lebih biasa dikalangan negara membangun, ia turut wujud di negara industri. Di negara lebih kaya ia biasanya dalam bentuk yang disebabkan oleh permakanan tidak sihat dengan terlebih tenaga, lemak, dan karbohidrat diproses. Trend meningkat kegemukan (obesiti) kini merupakan kebimbangan kesihatan awam utama pada tahap sosial-ekonomi rendah dan juga di negara membangun.[2]
Malnutrisi | |
---|---|
Pengelasan dan sumber luaran | |
ICD-9 | 263.9 |
MedlinePlus | 000404 |
eMedicine | ped/1360 |
MeSH | D044342 |
Penafian perubatan |
Tanda-tanda yang paling biasa adalah kehilangan berat badan yang tidak dirancang. Walau begitu, terdapat juga orang gemuk yang kurang sihat kerana pengambilan makanannya bukanlah diet yang sihat. ~Mudah letih. ~Kepekatan berkurangan. ~Kemurungan. ~Tidak dapat melaksanakan tugas biasa. ~Mudah dijangkiti kerana menurunkan sistem imun. ~Proses penyembuhan luka perlahan. ~Mudah sejuk. ~Perubahan dalam mood atau mood. ~Kehilangan selera makan. ~Mudah jatuh kerana otot lemah.
Bahagian ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Masalah malnutrisi di kalangan kanak-kanak
Malnutrisi protein-tenaga merupakan satu masalah kesihatan awam yang agak serius di beberapa negara membangun. Kejadian kekurangan protein-tenaga yang ringan dan sederhana masih dilaporkan terutamanya di kalangan tahap sosio-ekonomi yang rendah (Arokiasamy, 1990;Osman Ali, 1991). Kajian oleh Chong et al. (1984) di kampung miskin di Kelantan, Johor, Kedah dan Perak ke atas kanak-kanak dan lahir hingga enam tahun telah mendapati ramai yang mengalami malnutrisi protein-tenaga kronik, iaitu kebantutan seramai 43%, dan malnutrisi semasa iaitu berat badan rendah seramai 37%. Kajian lain di beberapa kampung di Perak dan Kelantan mendapati sejumlah 40% kanak-kanak daripada 203 yang dikaji mempunyai kekurangan berat badan, 16% kesusutan serta 27% kanak-kanak itu terbantut. (Kandiah et al., 1989). Kajian lain yang menunjukkan kekurangan pemakanan di kalangan kanakkanak luar bandar adalah kajian yang dijalankan oleh Rechilda et al. (1986) di Kuala Selangor. Hasil kajian tersebut mendapati 32.9% kanak-kanak prasekolah mengalami kekurangan berat badan, 8.9% kebantutan, 17.7% kesusutan serta 3.8% mengalami kebantutan dan kesusutan. Kajian ini juga menunjukkan pengambilan kalori, protein, ferum dan vitamin B2 adalah rendah di kalangan kanak-kanak tersebut
Bahagian ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Malnutrisi bermaksud kekurangan makanan seimbang pada individu atau populasi. Sebagai contohnya, kekurangan sumber-sumber seperti protein yang diperlukan untuk membina badan dan otot yang sihat, sementara kalori pula adalah sukatan bagi tenaga yang diperlukan oleh badan. Manakala zat besi pula diperlukan untuk membolehkan sel darah berfungsi dengan sempurna. Antara simptom yang boleh menunjukkan berlakunya malnutrisi adalah seperti kanak yang sangat kurus. Namun malnutrisi juga boleh berlaku kepada anak-anak terlebih berat badan.
Bahagian ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Kekurangan nutrisi biasanya berlaku di negara yang membangun termasuklah beberapa kawasan di dunia ini. Sekiranya badan tidak dapat menerima tenaga yang mencukupi daripada makanan, sudah pasti berat badan akan menurun dan kekurangan jumlah otot juga akan berlaku. Kanak-kanak yang mengalami malnutrisi tidak dapat menyimpan lemak yang secukupnya dan kekurangan otot. Perkembangan minda boleh terganggu, dan kanak-kanak ini mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit kerana badan mereka tidak dapat melawan sebarang jangkitan penyakit yang berlaku. Malnutrisi turut menyumbang kepada peningkatan jumlah kematian di kalangan kanak-kanak di negara membangun.
Di Malaysia, sebagai contohnya Malaysia RDA telah menjalankan kajian dan mendapati keputusan yang memberi tanda amaran: Peratusan kanak-kanak yang disahkan signifikasi kurang berat badan, terbantut dan terlebih masing-masing adalah 45.3%, 51.6%, dan 7.8%. Pengambilan pemakanan yang kurang daripada 2/3 tahap RDA adalah kalori, kalsium dan zat besi. Namun, pengambilan protein, vitamin A, vitamin C dan niasin adalah melebihi dari jumlah RDA dan kebanyakkan sumber bagi nutrien ini adalah nasi, ikan, dan sayuran hijau. Di dalam 5 jenis kumpulan makanan, hanya jumlah hidangan dari kumpulan bijirin/produk bijirin/ubi telah mencapai jumlah yang ditetapkan berbanding bagi kumpulan susu/produk tenusu. Majoriti kanak-kanak (68.7%) adalah kekurangan, 31.3% adalah mencukupi namun tiada yang unggul dalam kualiti diet mereka. Berdasarkan keputusan kajian ini, adalah penting bagi ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat khasiat makanan yang mencukupi untuk mengelakkan dari berlakunya malnutrisi.
Bahagian ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Dalam menangani masalah ini, ibu bapa perlu sedar akan beberapa perkara supaya tidak berlaku malnutrisi di kalangan kanak-kanak.
dalam tubuhnya.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.