Malaysiakini
From Wikipedia, the free encyclopedia
Malaysiakini merupakan media internet empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil dalam talian dari Malaysia. Dilancarkan pada 20 November 1999, antara bahagian-bahagian yang terdapat di dalam Malaysiakini ialah Utama, Berita, Kolum, Pendapat, Minda Editor, Laporan Khas dan lain-lain.[1] Ia menarik lebih 37 juta tatapan setahun dan menerima ranking laman web ke-13 popular di Malaysia oleh Alexa.[2][3] Pada 2013, syarikat induk Malaysiakini melancarkan dua tapak sesawang - portal perniagaan KiniBiz[4] dan tapak berita TV internet KiniTV.[5]
Jenis | Atas talian |
---|---|
Format | laman sesawang Video Aplikasi |
Diasaskan | 20 November 1999; 24 tahun yang lalu (1999-11-20) |
Pemihakan politik | Berhaluan kanan Bebas |
Bahasa | Bahasa Melayu Bahasa Mandarin Bahasa Tamil |
Ibu pejabat | Malaysiakini.com 48, Jalan Kemuja Bangsar Utama 59000 Kuala Lumpur Malaysia |
Bandar | Kuala Lumpur |
Negara | Malaysia |
Pemilik | Mkini Dotcom Sdn Bhd |
Penerbit | Mkini Dotcom Sdn Bhd |
Pengarang | Steven Gan |
Laman sesawang | http://www.malaysiakini.com |
Berita utama di dalam Malaysiakini lebih terarah kepada isu-isu terkini serta perkara yang berkaitan dengan politik di Malaysia. Laman web itu mendakwa dilawat 50,000 orang sehari dan lebih tiga juta kali dicapai dalam sebulan.[6][7][8][9] Versi Bahasa Inggeris Malaysiakini.com perlu dilanggan untuk dibaca sementara versi Bahasa Melayu adalah percuma.[10][11][12][13][14][15][16]