From Wikipedia, the free encyclopedia
Maktab Rendah Sains MARA Langkawi (singkatan: MRSM Langkawi) merupakan sebuah institusi MRSM yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di pulau Langkawi, Kedah. MRSM Langkawi merupakan MRSM yang ke-25 ditubuhkan di Malaysia. Pembinaan MRSM ini telah dilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 iaitu Mahathir Mohamad. Kedudukan MRSM Langkawi yang terletak di pinggir hilir bukit, memberikan susana yang aman, selesa, damai dan kondusif kepada para pelajar untuk belajar. MRSM ini terletak di Jalan Ayer Hangat dan juga hanya beberapa kilometer daripada pekan Kuah (bandar utama di Langkawi) meletakkan MRSM Langkawi di kedudukan yang strategik di Pulau Langkawi ini.
Maktab Rendah Sains MARA Langkawi مكتب رنده ساءين س مارا لڠكاوي | |
---|---|
Alamat | |
KM 4 Jalan Ayer Hangat Langkawi, 07000, Kedah Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lain | MRSM Langkawi |
Jenis sekolah | Pendidikan menengah |
Ditubuhkan | Februari 1999 |
Status | Beroperasi |
Pengetua | Tuan Hj. Fazli bin Abu Bakar |
Timb. Pengetua Kecemerlangan Akademik | Pn. Annies Yus Umaimah binti Yusof |
Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar | En. Mohd Syuhairi bin Md Isa |
Timb. Pengetua Pembangunan Bakat | En. Mohd Rasdi bin Muda |
Sistem pendidikan | SPMRSM Program IGCSE |
Bahasa | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris |
Slogan | Be One to be Number One |
Nama alumni | ANSARA Langkawi |
Laman sesawang | langkawi |
Pintu depan MRSM Langkawi | |
Kali terakhir dikemaskinikan: November 2022 |
MRSM Bitara Langkawi merupakan antara MRSM yang terbesar dan termahal di Malaysia dengan kos pembinaannya sebanyak RM 60 juta. MRSM ini dirancang dan dibina di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK7).
MRSM Langkawi telah mula beroperasi pada bulan Februari 1999. Sesi pertama bermula pada 14 Mac 1999 dengan 350 pelajar dalam Tingkatan 1 (154 orang) dan Tingkatan 4 (198 orang). Program Minggu Suai Kenal pelajar pertama ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Mustapa bin Mohamed. Perasmian MRSM Langkawi pula disempurnakan oleh DYMM Sultan Negeri Kedah Darul Aman Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 7 Oktober 2000 bersamaan dengan 9 Rejab 1421 H.
Pada tahun 2008, taraf BITARA yang dipegang oleh MRSM Langkawi telahpun ditarik semula. Namun, pada tahun 2010, taraf berkenaan telahpun diberikan semula. Untuk keputusan SPM 2009 yang mana calon merupakan pelajar bukan BITARA, MRSM Langkawi berjaya merangkul tempat ke-7 antara MRSM dan juga tempat ke-13 bagi sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
Maktab ini dilengkapi dengan pelbagai bentuk kemudahan untuk pelajar dan juga staf. Antaranya adalah
Bagi menampung penginapan pelajar-pelajar sepanjang sesi persekolahan, terdapat kemudahan yang disediakan.
Bagi menampung aktiviti berkaitan program pembangunan bakat[1], kokurikulum dan jasmani, terdapat beberapa kemudahan yang disediakan untuk pelajar-pelajar dan staf menjalankan aktiviti yang telah dirancang.
MRSM Langkawi telah berjaya mencatat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2007 yang cemerlang. MRSM Langkawi telah menempah nama sebagai yang terbaik seluruh Malaysia dengan GPS 1.446 dengan sebanyak 156 pelajar mendapat keputusan semua A dan 59 pelajar mendapat semua 1A. Manakala kejayaan diteruskan pada tahun 2008 yang mana, MRSM Langkawi, sekali lagi mendapat tempat pertama dalam Malaysia dengan keputusan GPS dengan keputusan 1.4041. MRSM Langkawi mencatatkan Gred Purata Maktab (GPM) sebanyak 1.7077 bagi peperiksaan SPM tahun 2009, merupakan salah satu daripada sembilan buah MRSM yang mencatatkan GPM di bawah 1.75[2].
Pada tahun 2022, MRSM Langkawi merupakan salah satu daripada empat buah MRSM yang merekodkan GPM di bawah 2.00 bagi keputusan peperiksaan SPM tahun 2021[3]. Pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2021 ini merupakan kohort pertama yang menggunakan sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), dan juga kohort pertama yang terkesan dengan pandemik COVID-19[3][4], di mana mereka perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran dari rumah.
Menjelang tahun 2023, MRSM Langkawi berjaya mendapat tempat kedua di antara MRSM Se-Malaysia dengan GPM 1.657 bagi peperiksaan SPM tahun 2022[5].Namun, setelah calon SPM 2022 membuat penyemakan semula, MRSM Langkawi melakar sejarah semula dengan mendapat tempat pertama MRSM Se-Malaysia dengan GPM 1.643 serta melahirkan pelajar 9A+ seramai 4 orang.
Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu
Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju
Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu
Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.