Majlis Daerah Jerantut
From Wikipedia, the free encyclopedia
Majlis Daerah Jerantut telah diwartakan pada 18hb. Februari 1982 melalui No. Warta P.W. No.65 dan dikuatkuasakan bermula pada 1hb. Mac 1982 bagi menggantikan Lembaga Bandaran Jerantut yang telah ditubuhkan pada 1hb. Julai 1960 mengikut warta kerajaan Bil. 230/60 di bawah Enakmen Lembaga Bandaran FMS Cap. 137. Penubuhan Majlis Daerah Jerantut ini telah mengubah kawasan pentadbiran sedia ada Lembaga Bandaran Jerantut dimana kawasan-kawasan baru yang berpotensi dan mempunyai penduduk yang ramai telah dimasukkan. Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur telah bersetuju menerima pakai Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) pada 1 September 1979. Bermula dari tarikh itu maka bermulalah penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di Negeri Pahang dan dinaikkan taraf sebagai Majlis Daerah. Majlis Daerah Jerantut telah dinaikkan taraf dari Lembaga Bandaran Kepada Majlis Daerah dan telah disusun semula pada 1 Mac 1982.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/2/25/Image_gallery.png/220px-Image_gallery.png)