From Wikipedia, the free encyclopedia
Maharaja Kōan (孝安天皇 , Kōan-tennō); juga dikenali sebagai Yamatotarashihikokunioshihito no Mikoto. Beliau ialah Maharaja Jepun yang keenam,[2] mengikut susunan tradisi perwarisan.[3]
Kōan | |
---|---|
Maharaja Jepun | |
Pemerintahan | 392 SM – 291 SM (tradisional)[1] |
Keputeraan | 427 SM |
Mangkat | 291 SM (136 tahun) |
Dimakamkan | Tamate no oka no e no misasagi (Nara) |
Pendahulu | Maharaja Kōshō |
Pengganti | Maharaja Kōrei |
Tiada tarikh yang tepat untuk kehidupan maharaja ini, tetapi kebiasaanya dianggap memerintah dari tahun 392 SM sehingga 291 SM.[4]
Para sarjana moden mempersoalkan tentang kewujudan sekurang-kurangnya sembilan maharaja terawal. Keturunan Maharaja Suizei, iaitu Maharaja Sujin merupakan maharaja pertama yang diakui kewujudannya.[5] Nama Kōan-tennō diberikan kepada beliau sebagai nama anumerta oleh generasi kemudian.[6]
Maharaja Kōan dianggap oleh ahli sejarah sebagai "maharaja lagenda". Informasi tentang beliau amat sedikit untuk kajian yang lebih lanjut.[7] Zaman pemerintahan Maharaja Kimmei (509?-571M), Maharaja Jepun ke 29,[8] merupakan maharaja pertama yang dapat disahkan tarikhnya oleh penulisan sejarah kontemporari.[9] Walaubagaimanapun, kebiasaannya nama dan tarikh maharaja terawal yang tidak dapat dipastikan akan dianggap "tradisional" sehingga zaman pemerintahan Maharaja Kammu (737-806), iaitu maharaja ke 50 Dinasti Yamato.[10]
Hanya nama dan susur galurnya sahaja yang direkodkan di dalam Kojiki dan Nihonshoki. Beliau dipercayai anak lelaki kepada Maharaja Kōshō. Ibunya ialah Yosotarashi-no-hime, iaitu anak perempuan kepada Okitsuyoso, dan nenek moyang kepada Owari.[11] Orang Jepun menerima sejarah kewujudannya, dan Imperial misasagi atau tempat pemakaman maharaja ini dalam proses senggaraan. Walaubagaimanapun, tidak wujud sebarang rekod kontemporari yang dapat memastikan bahawa maharaja ini pernah memerintah. Beliau merupakan maharaja kelima daripada lapan maharaja tanpa sebarang lagenda yang mempunyai kaitan dengan mereka, juga dikenali sebagai "Lapan Monarki tanpa Dokumen" (欠史八代, , Kesshi-hachidai).[12]
Jien merekodkan bahawa Maharaja Kōan ialah anak lelaki kedua kepada Maharaja Kōshō, dan beliau memerintah dari Istana Akitsushima-no-miya di Muro yang mana sekarang dikenali sebagai Wilayah Yamato.[13]
Kōan ialah nama postumus. Nama ini tidak dapat dipertikaikan bahawa identifikasi ini berbentuk China dan mempunyai implikasi Buddha, dimana nama tersebut telah diusul atau dibuat supaya teratur beberapa abad selepas kehidupan Maharaja Kōan, kemungkinan besar semasa zaman dimana lagenda tentang asal usul Dinasti Yamato dikumpulkan menjadi rekod peristiwa yang dikenali sebagai Kojiki.[12]
Tempat sebenar makam Maharaja Kōan belum dapat dikenalpasti.[2] Maharaja ini dimuliakan di makam memorial Shinto di Nara.
Agensi Kerabat Diraja Imperial menamai lokasi ini sebagai makam Maharaja Kōan. Secara rasminya, tempat ini dikenali sebagai Tamate no oka no e no misasagi.[14]
Maharani:Oshihime (押媛), anak perempuan kepada Amatarashikunioshihito (天足彦国押人命)
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.