Maggie Smith
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dame Margaret Natalie Smith CH DBE (lahir 28 Disember 1934), lebih dikenali sebagai Maggie Smith, ialah pelakon Inggeris yang terkenal dalam bidang filem, teater, dan televisyen. Smith membuat teater debutnya pada tahun 1952 dan mempunyai kerjaya lakonana yang amat luas dalam bidang teater, filem dan televisyen melebihi 60 tahun. Smith telah memenangi banyak anugerah untuk lakonannya, kedua-duanya untuk teater dan filem, termasuklah tujuh Anugerah BAFTA (lima anugerah bersaing dan dua anugerah khas termasuklah BAFTA Fellowship pada tahun 1996), dua Anugerah Academy, dua Anugerah Golden Globe, tiga Anugerah Emmy, dan satu Anugerah Tony.
Dame Maggie Smith CH DBE | |
---|---|
Kelahiran | Margaret Natalie Smith (1934-12-28) 28 Disember 1934 (umur 89) |
Warganegara | England |
Nama lain | Dame Maggie Smith |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1952–sekarang |
Pasangan | Robert Stephens (1967-1974) Beverley Cross (1975-1998) |
Anak-anak | Chris Larkin Toby Stephens |
Antara filem-filemnya yang terkenal termasuklah Othello (1965), The Prime of Miss Jean Brodie (1969), Travels with My Aunt (1972), California Suite (1978), Clash of the Titans (1981), A Room with a View (1985), Gosford Park (2001) dan The Best Exotic Marigold Hotel (2012). Smith kini sedang membintangi drama bersiri popular, Downton Abbey sebagai Violet Crawley, the Dowager Countess of Grantham, yang mana Smith telah memenangi satu Anugerah Golden Globe dan dua Anugerah Emmy untuknya.
Pada September 2012, Smith telah diberi Anugerah Legasi oleh Festival Stratford Shakespeare sebagai tanda penghormatan dan terima kasih ke atas sumbangan yang telah diberikan olehnya dalam menaikkan nama syarikat teater tersebut pada akhir 70-an. Smith menerima anugerah tersebut daripada Christopher Plummer didalam sebuah majlis di Hotel Fairmont Royal York.