From Wikipedia, the free encyclopedia
Maattrraan merupakan filem cereka sains bahasa Tamil 2012 arahan K.V. Anand. Filem ini dibintangi oleh Surya ,sebagai Kembar siam dan Kajal Aggarwal. Manakala, Sachin Khedekar dan Tara memainkan watak sampingan. Maattrraan ditayangkan serentak di seluruh dunia pada 12 Oktober 2012.
Maattrraan மாற்றான் | |
---|---|
Pengarah | K. V. Anand |
Penulis | K. V. Anand Subha |
Dihasilkan oleh | Kalpathi S. Aghoram |
Dibintangi | Surya Kajal Aggarwal Sachin Khedekar |
Sinematografi | S. Sounder Rajan |
Disunting oleh | Anthony |
Muzik oleh | Harris Jayaraj |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Eros International[1] Thameen Movies (Kerala) [2] Gemini Film Circuit (Overseas) |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 172 minutes [4] |
Negara | India |
Bahasa | Tamil Telugu |
Maattrraan | ||||
---|---|---|---|---|
Runut bunyi oleh | ||||
Dilancarkan pada | August 9, 2012 | |||
Tempat | India | |||
Genre | Runut Bunyi | |||
Panjang | 26:47 | |||
Bahasa | Tamil | |||
Syarikat | Sony Music | |||
Pengedar | Eros International (en) | |||
Pengarah | K. V. Anand (en) | |||
Penerbit | Harris Jayaraj | |||
Kronologi Harris Jayaraj | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Runut Bunyi bagi filem ini digubbah oleh Harris Jayaraj dan mengandungi 5 buah lagu. Hak audio filem ini telah dibeli oleh Sony Music India untuk INR 2,25 crores.Album ini telah dilancarkan secara besar-besaran pada 9 Ogos, 2012 di Singapore Expo,Singapura. Majlis tersebut telah dihadiri oleh beberapa personaliti industri filem bersama-sama dengan krew teknikal dan pelakon filem. Satu persembahan secara langsung telah diberikan oleh Harris Jayaraj dan penyanyi Karthik, MK Balaji, Vijay Prakash Krish dan Charulatha Mani. Hak satelit acara itu telah dirangkul oleh Jaya TV untuk harga yang tidak didedahkan. Lagu dari filem ini mendapat sambutan yang positif dari pengkritik.
Tracklist | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Seni kata | Singer(s) | Masa | ||||||
1. | "Rettai Kathirae" | Na. Muthukumar | Krish, MK Balaji, Mili Nair & Sharmila | 4:50 | ||||||
2. | "Kaal Mulaitha Poovae" | Madhan Karky | Javed Ali & Mahalakshmi Iyer | 5:31 | ||||||
3. | "Theeyae Theeyae" | Pa. Vijay | Franco, Sathyan, Aalap Raju, & Suchitra | 5:23 | ||||||
4. | "Yaaro Yaaro" | Thamarai | Karthik & Priya Himesh | 5:35 | ||||||
5. | "Naani Koni" | Viveka | Vijay Prakash, Karthik & Shreya Ghoshal | 5:26 | ||||||
Jumlah masa: 26:47 |
Semasa peringkat pasca-pembikinan filem KO, KV Anand mengumumkan bahawa beliau akan mengarahkansebuah filem yang dibintangi oleh Surya lagi selepas kejayaan Ayan, dan menyatakan ia akan bermula selepas Surya selesai membintangi filem fiksyen Sains 7aum Arivu, yang diarah oleh A. R. Murugadoss.Beberapa pelakon wanita telah dipertimbangkan untuk memainkan watak wanita utama , termasuk Taapsee Pannu, Samantha Ruth Prabhu, Sonakshi Sinha dan Anushka Sharma[5], tetapi akhirnya Kajal Aggarwal meraih watak tersebut. Pelakon Tara telah ditandatangani untuk memainkan watak ibu Surya .Prakash Raj digugurkan daripada filem dan beliau telah digantikan oleh Sachin Khedekar.
Ia telah dilancarkan secara rasmi pada 22 Julai 2011 di Chennai. Jadual pertama telah diadakan berhampiran sempadan Pakistan. Pada November 2011, krew bertolak ke Latvia untuk merakam sebuah lagu.Sebahagian besar filem itu telah ditembak di rantau Balkan di negara-negara seperti Croatia, Serbia, Albania, Macedonia dan terutamanya sebahagian besar di Rusia.Sebahagian lagi filem telah difilemkan di studio yang terletak di Bandar Perfileman Ramoji yang terletak di Hyderabad. Pada bulan Februari 2012, krew telah bertolak ke Amerika Syarikat untuk melakukan pengimbasan khas muka diketuai oleh Penyelia VFX V. Srinivas Moha. Maattrraan merupakan filem india pertama yang mengunakan Motion capture.
Maattrraan adalah keluaran Surya yang terbesar sehingga kini. The hak pengedaran versi Tamil yang telah dijual kepada Eros International.Hak Penyayangan luar negara filem ini telah dijual bagi jumlah yang mencecah AS $2,27 juta kepada Gemini filem Circuit.Salah satu daripada tayangan terbesar antarabangsa adalah di Perancis dan Russia. Di Amerika Utara, filem ini akan ditayangkan di 66 skrin mengalahkan rekod Enthiran.Filem ini dikeluarkan pada 12 Oktober 2012 di sekitar 3000 skrin di seluruh dunia.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.