M101A1
From Wikipedia, the free encyclopedia
Meriam Howitzer M101 adalah sejenis meriam jenis howitzer yang menjadi peralatan standard bagi tentera artileri Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II. Meriam ini digunakan di medan perang di Eropah dan Pasifik. Ia juga digunakan semasa Perang Vietnam.
M101/M101A1 105 mm Howitzer | |
---|---|
Jenis | Howitzer |
Tempat asal | Amerika Syarikat |
Sejarah perkhidmatan | |
Digunakan oleh | Amerika Syarikat Bahamas Kanada Chile Colombia Croatia Ecuador Perancis Guatemala Indonesia Jepun Mexico Paraguay Peru Uruguay Negeri Vietnam Serbia Kemboja Yugoslavia Australia Thailand Myanmar Republik China banyak lagi |
Perang | Perang Dunia Kedua Perang Korea Perang Indochina Pertama Perang Vietnam |
Sejarah pengeluaran | |
Pengeluar | Rock Island Arsenal |
Dihasilkan | 1941-? |
Spesifikasi | |
Berat | 2,260 kg (4 980 lb) |
Panjang | 5.94 m (19.5 kaki) |
Panjang laras | 22 kaliber: 2.31 m (7.58 kaki) |
Lebar | 2.21 m (7.25 kaki) |
Tinggi | 1.73 m (5.66 kaki) |
Shel | 105x372R |
Kaliber | 105 mm (4.13 inci) |
Breech | horizontal block |
Rekoil | hidropneumatik, tetap, 42 inci |
Pengangkut | jejak terpisah |
Ketinggian | -5° hingga +66° |
Rentas | 46° |
Halaju muncung | 472 m/s (1,548 kaki/saat) |
Jarak tembakan maksimum | 11,270 m (6.9 batu) |
Meriam ini mula dikeluarkan dalam tahun 1941 dan digunakan menentang pasukan Tentera Jepun di Lautan Pasifik. Ia dengan cepat menjadi kegemaran kerana ketepatan mengenai sasaran dan kerana mempunyai kuasa tembakan yang kuat.
Meriam ini boleh melontarkan peluru sejauh 11,200 meter menjadikan ia sesuai digunakan untuk membantu pasukan infantri. Ciri-ciri ini menyebabkan meriam jenis ini menjadi pilihan banyak negara selepas Perang Dunia II. Meriam ini juga digunakan semasa Perang Korea dan Perang Vietnam.
Meriam ini ringan dan pengguna boleh bergantung harap menggunakannya. Meriam ini boleh digunakan dengan kadar tembakan yang tinggi, mencapai kadar 8 das tembakan dalam seminit. Kerana ia mudah digunakan, meriam ini boleh bertindak balas membantu pasukan infantri. Meriam ini boleh menggunakan peluru jenis HE, HEAT, WP, CHEM and ILLUM.