Penyanyi lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Lotter P. Edwin Edin atau lebih dikenali sebagai Lotter (lahir 30 April 1982) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim keempat. Beliau berasal dari Membakut, Sabah.
Penyanyi kegemarannya ialah Kurt Cobain dan John Gaisah. Pelakon kegemarannya pula ialah P. Ramlee, Ahmad Nisfu, Robert De Niro, dan Charlize Theron . Anak jati dari Membakut ini turut menyukai muzik rock alternatif.
Lotter dengan 3 adiknya telah menubuhkan sebuah kugiran bernama 'The Divine Master's' pada 2008. Single pertama kumpulan ini berjudul 'Di Sampingmu' yang mana pernah mendapat tempat pertama di carta radio-radio tempatan.[1]
Lotter diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim keempat dan beliau adalah salah seorang daripada dua belas calon pelajar yang terpilih (daripada sepuluh orang yang diterima juri) untuk memasuki Akademi Fantasia setelah bersaing dalam konsert prelude bagi kelayakan tersebut.
Beliau telahpun tersingkir ketika konsert ketujuh walau bagaimanapun kembali bersama dengan 8 bekas pelajar yang tersingkir untuk berentap di konsert kesembilan atau dikenali sebagai konsert AFMASUK untuk merebut satu lagi kekosongan untuk berada di peringkat akhir.
Beliau berjaya memperoleh undian yang tertinggi setelah undiannya bersaing hebat dengan Rich lalu diserap semula untuk mara ke peringkat akhir bagi musim keempat bersama Faizal, Farhan, Haziq, dan Velvet. Pada 5 Ogos 2006, beliau menjadi naib juara Akademi Fantasia musim ke-4 pada Konsert Akhir Akademi Fantasia.
Berikut adalah lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau ketika konsert prelude dan konsert mingguan AF yang seterusnya :
Konsert | Lagu | Ked. |
---|---|---|
Minggu Prelude | "Sunday Morning" nyanyian asal Maroon 5 | Top 12 |
Minggu 1 | "Azizah" nyanyian asal P. Ramlee | Ke-2 |
Minggu 2 | "Ibu Kota Cinta" nyanyian asal Def Gab C | Pertama |
Minggu 3 | "I'ris" nyanyian asal Awie | Ke-4 |
Minggu 4 | "Temasya Desa Gemalai" nyanyian asal Ramli Sarip | Ke-5 |
Minggu 5 | "Bila April" nyanyian asal Fazley Yaakob | Ke-4 |
Minggu 6 | "Da Bomb" nyanyian asal Ruffedge | Ke-4 |
Minggu 7 | "Chow Kit Road" nyanyian asal Sudirman Haji Arshad | Tersingkir |
Minggu 9 (AFmasuk) | "Pria Terhebat" nyanyian asal Sheila on 7 | AF MASUK |
Minggu 10 (Akhir) | "In The End" nyanyian asal Linkin Park | Naib Juara |
"Yang Berlalu Tak Berulang" nyanyian asal Lotter
| ||
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.