Los Angeles Angels
From Wikipedia, the free encyclopedia
Los Angeles Angels ialah sebuah pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di kawasan Greater Los Angeles. Angels mengambil bahagian di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota American League (AL) West. Sejak tahun 1966, pasukan ini telah beraksi di Angel Stadium yang terletak di Anaheim, California.
Los Angeles Angels | |||||
---|---|---|---|---|---|
Musim 2024 Los Angeles Angels | |||||
Ditubuhkan pada 1961 | |||||
Berpusat di Anaheim sejak 1966 | |||||
| |||||
Gabungan liga utama | |||||
| |||||
Seragam terkini | |||||
Nombor tidak digunakan |
| ||||
Warna | |||||
Nama | |||||
| |||||
Gelaran lain | |||||
| |||||
Ballpark | |||||
| |||||
Kejuaraan Liga Utama | |||||
Kejuaraan Siri Dunia (1) | 2002 | ||||
AL Pennant (1) | 2002 | ||||
AL West Kejuaraan Divisyen (9) |
| ||||
Kemunculan Wild card (1) | 2002 | ||||
Pejabat pengurusan | |||||
Pemilik | Arte Moreno | ||||
Pengurus | Phil Nevin | ||||
Pengurus Besar | Perry Minasian |
Pasukan ini telah ditubuhkan di Los Angeles pada 1961 oleh Gene Autry. Penubuhan ini menandakan dua pasukan tambahan pertama di MLB dan menjadi pasukan pertama yang berasal dari California. Nama pasukan ini sempena nama pasukan dahulu, Los Angeles Angels yang beraksi di saingan Pacific Coast League (PCL). Pasukan ini berpusat di Los Angeles sehingga mereka berpindah ke Anaheim pada 1966. Perpindahan ini menyaksikan mereka bertukar nama kepada California Angels dari tahun 1965 sehingga 1996 sebelum digelar Anaheim Angels dari 1997 hingga 2004. Nama "Los Angeles" ditambah kembali pada 2005 tetapi disebabkan persetujuan sewaan bersama Anaheim yang menuntut nama bandar itu perlu diselitkan, jadi nama pasukan ini dikenali sebagai Los Angeles Angels of Anaheim sehingga 2015. Nama pasukan kini, Los Angeles Angels mula digunakan pada musim berikutnya
Angels telah menjuarai Siri Dunia pada tahun 2002, yang menampilkan kejuaraan pertama dan satu-satunya sehingga ke hari ini. Angels merupakan salah satu daripada tiga pasukan MLB yang menjuarai Siri Dunia dalam penampilan tunggal mereka. Kejayaan ini diikuti oleh enam kemunculan playoff Angels pada dekad itu dan mencatatkan peningkatan penonton yang konsisten. Angels juga mendapat perhatian umum sejak tahun 2012 apabila kemunculan tiga kali pemenang Anugerah Pemain Terbaik AL, Mike Trout dan mendapat perhatian dunia sejak tahun 2018 apabila kemasukan two-way player dari Jepun dan pemenang Anugerah Pemain Terbaik AL 2021, Shohei Ohtani walaupun pasukan yang diwakili mereka setakat ini belum pernah melangkah ke postseason.