Lina Joy
beliau meminta supaya namanya ditukar menjadi lina leilani / From Wikipedia, the free encyclopedia
Lina Joy (lahir Azlina Jailani; lahir 28 Julai 1963) merupakan wanita Melayu Malaysia yang mengaku telah murtad (keluar dari agama Islam) dan memeluk agama Kristian Katolik. Lantaran itu beliau cuba menggugurkan perkataan Islam daripada kad pengenalan MyKad yang dimilikinya. Rayuan dan permohonannya dibuat dengan mengenepikan kuasa mahkamah syariah, tetapi secara lansung melalui proses undang-undang sivil. Pada mulanya beliau ke Mahkamah Tinggi, kemudian ke Mahkamah Rayuan, seterusnya ke Mahkamah Syariah dan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN).
Fakta Segera Kelahiran, Warganegara ...
Lina Joy | |
---|---|
Kelahiran | Azlina Jailani (1963-07-28) 28 Julai 1963 (umur 60) Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Warganegara | Malaysia |
Terkenal kerana | Mencabar mahkamah untuk penukaran semula agama |
Tutup