Liga Negara-Negara UEFA 2022–23
From Wikipedia, the free encyclopedia
Liga Negara-Negara UEFA 2022–23 adalah menjadi musim ketiga Liga Negara-Negara UEFA, sebuah kejohanan persatuan bola sepak antarabangsa yang dirancang melibatkan pasukan kebangsaan lelaki dari 55 ahli persatuan UEFA.[1] Kejohanan akan diadakan dari bulan Jun hingga September 2022 (fasa liga), Jun 2023 (Pusingan Akhir Liga Negara-Negara) dan Mac 2024 (perlawanan penyingkiran).[2]
Perincian kejohanan | |
---|---|
Tarikh | Fasa Liga: 1 Jun – 27 September 2022 Pusingan Akhir Liga Negara-Negara: 14–18 Jun 2023 Perlawanan Penyingkiran: 21–26 Mac 2024 |
Pasukan | 55 |
Kedudukan Akhir | |
Juara | ![]() |
Naib Juara | ![]() |
Tempat Ketiga | ![]() |
Tempat Keempat | ![]() |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 160 |
Jaringan gol | 423 (2.64 per perlawanan) |
Kehadiran | 3,219,559 (20,122 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | ![]() ![]() (Masing-masing 6 gol) |
← 2020–21 2024–25 →
Semua statistik tepat pada 18 Jun 2023. |
Berikutan kemenangan mereka pada 2021, juara bertahan adalah Perancis tidak dapat mengekalkan kejuaraan mereka pada pusingan akhir selepas menduduki tempat ketiga dalam kumpulan mereka.[3][4]
Sepanyol memenangi perlawanan akhir menentang Croatia, 5–4 menerusi sepakan penalti berikutan keputusan seri 0–0 selepas masa tambahan, untuk gelaran Liga Negara-Negara UEFA pertama mereka.