Liga Negara-Negara CONCACAF 2023–24
From Wikipedia, the free encyclopedia
Liga Negara-Negara CONCACAF 2023–24 ialah musim ketiga Liga Negara-Negara CONCACAF, pertandingan antarabangsa bola sepak persatuan yang melibatkan pasukan kebangsaan lelaki daripada 41 persatuan ahli CONCACAF. Peringkat kumpulan telah diadakan pada September, Oktober dan November 2023, dan pusingan akhir dimainkan dari 21 hingga 24 Mac 2024 di Stadium AT&T di Arlington, Texas .
Perincian kejohanan | |
---|---|
Tarikh | Liga A: 7 September – 17 Oktober 2023 Liga B dan C: 7 September – 21 November 2023 Suku akhir Liga A: 16–21 November 2023 Pusingan akhir Liga Negara-Negara: 21–24 Mac 2024 |
Pasukan | 41 |
Kedudukan Akhir | |
Juara | ![]() |
Naib Juara | ![]() |
Tempat Ketiga | ![]() |
Tempat Keempat | ![]() |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 93 |
Jaringan gol | 317 (3.41 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | ![]() |
Pemain terbaik | ![]() |
Permain muda terbaik | ![]() |
Penjaga gol terbaik | ![]() |
Anugerah Permainan Bersih | ![]() |
← 2022–23 2024–25 →
Semua statistik tepat pada 24 March 2024. |
Pertandingan ini menyaksikan perubahan format, dengan Liga A kini menampilkan 16 pasukan dalam dua kumpulan sistem Swiss, diikuti dengan pusingan suku akhir. Selain itu, Liga Negara-Negara juga berfungsi sebagai kelayakan untuk pasukan CONCACAF untuk Copa América 2024, yang akan diadakan antara Jun dan Julai tahun itu di Amerika Syarikat.
Amerika Syarikat ialah juara bertahan dua kali dan berjaya mempertahankan gelaran mereka dalam pusingan akhir.