Liga FAM Malaysia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Liga FAM Malaysia (juga dikenali dengan nama Piala FAM Malaysia) merupakan liga bola sepak tahap ketiga di Malaysia. Kejohanan ini berformat piala sebelum ditukar ke format liga pada tahun 2008.[1]
Fakta Segera Negara, Konfederasi ...
Negara | Malaysia |
---|---|
Konfederasi | AFC |
Ditubuhkan | 1952; 72 tahun yang lalu (1952) (format kalah mati) 2008; 16 tahun yang lalu (2008) (format Liga) |
Divisyen | 3 |
Bilangan pasukan | 14 |
Kelayakan ke | Liga Premier Malaysia |
Disingkirkan ke | Liga M4 Malaysia |
Tahap | Tahap 3 |
Piala domestik | |
Juara semasa | Terengganu City FC (2018) |
Kejuaraan terbanyak | Selangor (7 Trofi) |
Rakan TV | |
Tapak sesawang | Laman Rasmi Liga FAM |
Musim 2018 |
Tutup
Liga ini pertama kali diadakan pada tahun 1952.[2][1] Pada tahun 2019, kejohanan di jenamakan kepada Liga M3 Malaysia 2019. Ianya adalah edisi pertama Liga M3 Malaysia. Format pertandingan ini merupakan liga divisyen 3 dalam sistem bola sepak Malaysia.