From Wikipedia, the free encyclopedia
Berdasarkan pengalaman dan kejayaan Les' Copaque Production (LCP) menerajui dunia industri animasi 3D tanah air, kekurangan pengalaman dan kemahiran daripada graduan lepasan universiti atau kolej yang mengambil jurusan animasi menyebabkan Les’ Copaque Animation Academy ditubuhkan. [1]
Topik rencana ini mungkin tidak memenuhi garis panduan kelayakan am rencana Wikipedia. |
Nama lain | LCAA |
---|---|
Moto | Beyond Imagination |
Jenis | Industrial Driven College |
Ditubuhkan pada | 2015 |
Penggabungan | Les’ Copaque Production |
Pengarah | Haji Burhanudin Mohd Radzi |
Lokasi | , , 3.0722189°N 101.55517859999998°E |
Kampus | No 48, Jalan Jubli Perak 22/1, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. |
Laman sesawang | www |
a Further education. |
Animasi adalah sebuah bidang perniagaan yang rumit untuk dibangunkan kerana ia memerlukan latihan kemahiran yang khusus untuk setiap proses pembuatan animasi. Studio animasi yang berjaya perlu membangunkan studio tersebut di dalam persekitaran kilang di mana proses pembuatan animasi Itu disusun atur mengikut kehendak syarikat bagi menghasilkan produk yang berkualiti dengan efisyen. Susun atur proses ini dibangunkan oleh syarikat tersebut dan menjadi rahsia perniagaan bagi studio animasi yang berjaya.[2] [3]
Gabungan pengalaman praktikal dan teori akan membekalkan pelajar dengan kemahiran yang dapat menyediakan pelajar untuk tuntutan pekerjaan. LCAA telah merekrut pensyarah yang akan menyediakan pendidikan yang berwawasan kepada pelajar untuk memajukan kerjaya mereka dalam industri kreatif.
Pendekatan holistik LCAA menggabungkan kemahiran teknikal dan praktikal yang relevan dengan amalan terbaik industri. LCAA adalah sebahagian daripada Les 'Copaque Production. Syarikat subsidiari kami termasuk Les 'Copaque Game Development (LCGDI), Gang' Corner, Les 'Copaque Merhandising (LCM), LCTV (Akan Datang), dan Upin Ipn Theme Park (Akan Datang). [4]
Pihak Les' Copaque merasakan sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) perlu ditubuhkan supaya sistem latihan yang sedia ada dapat dijadikan sebuah latihan yang formal dan mendapat pengiktirafan bagi memudahkan pelajar mencari peluang pekerjaan di studio animasi yang banyak ditubuhkan di negara ini. Ia bukan sahaja dapat melahirkan graduan yang berkemahiran di dalam bidang animasi 3D tetapi secara tidak langsung industri animasi 3D tanahair dapat dikembangkan.[5]
LCAA telah dipilih oleh MDeC sebagai satu rujukan industri dan pusat latihan animasi 3D untuk menyertai program Tech Creavery ’15 anjuran Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) di mana LCAA dikehendaki menjalankan bengkel latihan kemahiran animasi 3D [6] [7]
LCAA dikejutkan dengan berita kelulusan permohonan penubuhan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) bertarikh 23 Disember 2016 (Surat Rujukan: JPT/BPP(K)1000-600/B2140) dari Bahagian Pendaftaran dan Piawaian, Jabatan Pendidikan Tinggi. Permohonan ini telah diluluskan oleh Menteri Pendidikan Tinggi di bawah Perenggan 10(1)(a) Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) dan Perlembagaan IPTS yang membawa status LCAA kepada Kolej.
Sehingga kini, pelbagai program animasi 3D telah dijalankan oleh LCAA khususnya kepada pensyarah kolej vokasional, pensyarah institusi pengajian tinggi serta pelajar sekolah. Pada tahun 2017, LCAA telah mengorak langkah untuk menjalankan program pengajian peringkat Diploma iaitu 'Diploma in Technology 3D AniMedia' dan 'Diploma in Creative Business' di samping mengetengahkan program pengajian Ijazah Sarjana Muda iaitu ‘Bachelor of Information Technology (Hons) in 3D Animation and Digital Media’ menerusi program jalinan kerjasama bersama Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTMKL).
Antara pelajar yang layak dan sesuai mengikuti program Diploma yang ditawarkan adalah seperti berikut :
Penggunaan nama AniMedia adalah gabungan di antara Animasi dan Media. Silibus Diploma Teknologi 3D AniMedia adalah merangkumi kursus untuk animasi dan media. Penggunaan nama AniMedia adalah berperanan untuk menunjukkan bahawa terdapat perbezaan modul pembelajaran yang telah diajar oleh institusi pengajian tinggi tempatan sama ada awam mahupun swasta dengan Les’ Copaque Animation Academy dimana pembelajaran yang diajar menerusi AniMedia adalah pembelajaran lengkap mengikut kehendak industri terkini. Nama AniMedia tidak pernah digunakan oleh institusi pembelajaran di Malaysia. Oleh yang demikian, penggunaan nama tersebut diperjelaskan secara terperinci oleh Les’ Copaque Animation Academy
Diploma Perniagaan Kreatif (Diploma in Creative Business) merupakan satu tahap pembelajaran yang telah dibangunkan melalui elemen perniagaan dan keusahawanan yang menggabungkan modul asas perniagaan dan juga modul pembelajaran kreatif. Modul yang dibangunkan ini bukan sahaja mampu melahirkan seorang pelajar yang mengetahui selok belok perniagaan malahan pelajar itu juga dapat mempelajari dan merancang strategi yang digunakan di dalam pemasaran khususnya menaikkan penjenamaan syarikat dan produk. Pelajar berkebolehan mewujudkan perniagaannya sendiri dan seterusnya menaikkan penjenamaan disamping meningkatkan pendapatannya secara online melalui modul Digital Marketing & New Media.
LCAA mengetengahkan beberapa program kursus jangka pendek yang telah dinaik taraf dan dikemaskini bagi memberi lebih peluang kepada semua untuk menyertainya, terutamanya para pelajar yang sedang menjalani musim cuti sekolah. Program Kursus Multimedia Kreatif iaitu ‘Creative Artwork Course’ yang dijadualkan hanya Kelas Malam diperkenalkan dan antara kursus yang dijalankan adalah Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, Adobe After Effect, Introductury to 3D Animation, dan Digital Wacom Drawing yang setiap satunya mengambil masa hanya 12 kelas (kurang dari 3 bulan) dan sijil khas dari LCAA turut diberikan selepas tamat kursus. [9]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.