From Wikipedia, the free encyclopedia
Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia) atau Department of Atomic Energy Malaysia adalah sebuah badan penguatkuasa dan kawalselia aktiviti tenaga atom di Malaysia. Jabatan kerajaan ini adalah di bawah naungan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dan diterajui oleh Ketua Pengarah, Y. Brs Hajah Noraishah binti Pungut (mulai Januari 2023). Atom Malaysia menjalankan operasinya menerusi pelbagai bahagian dan cawangan yang mempunyai tanggungjawab khusus dalam perlesenan, pemeriksaan serta penguatkuasaan aktiviti tenaga atom.
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1985 |
Agensi-agensi terdahulu |
|
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | Batu 24, Jalan Dengkil, 43800 Dengkil, Selangor, Malaysia |
Laman sesawang | https://www.aelb.gov.my/ |
Sejak tahun 1968 lagi, pengawalan ke atas penggunaan bahan radioaktif terutamanya di dalam bidang perubatan telah dijalankan apabila Parlimen meluluskan Akta Benda-benda Radioaktif 1968. Perkembangan aktiviti tenaga atom yang pesat di Malaysia sejak itu, melihatkan keperluan pengawalan, pemeriksaan dan penguatkuasaan yang lebih berkesan melalui penggubalan Rang Undang-Undang Perlesenan Tenaga Atom.
Pada April 1984, Parlimen Malaysia telah meluluskan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) yang membawa kepada penubuhan Atom Malaysia pada Februari 1985 bagi membolehkan Kerajaan Malaysia mengawal, memeriksa dan menguatkuasa aktiviti tenaga atom di dalam negara secara efektif di bawah Akta 304. Pada peringkat awal, Atom Malaysia diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan dipertanggungjwabkan untuk melaksana serta menguatkuasakan aktiviti tenaga atom mengikut Seksyen 3 Akta 304.
Walau bagaimanapun, pada 27 Oktober 1990, Atom Malaysia telah dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri dan ditempatkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kini, Akta 304 sedang dinilai semula bagi memastikan kerelevenan dan keberkesenannya untuk memenuhi keperluan semasa. Dalam penilaian tersebut, Rang Undang-Undang Tenaga Atom adalah cadangan akta yang baharu bagi menggantikan Akta 304.
Objektif utama penubuhan AELB adalah untuk mengawalselia dan mengawasi aktiviti-aktiviti tenaga atom di seluruh negara bagi memastikan semua aktiviti tersebut dikendalikan dengan selamat dan tidak membahayakan para pekerja, masyarakat awam, harta benda dan juga alam sekitar.
Mengawalselia penggunaan tenaga atom demi kemakmuran dan kesejahteraan negara.
Badan kawal selia yang cekap dan berkesan untuk keselamatan, sekuriti dan kawalgunaan bagi aktiviti tenaga atom di Malaysia.
Fungsi Atom Malaysia seperti yang termaktub di bawah Akta 304 adalah seperti berikut:
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.