![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/f7/AKTA_LEMBAGA_KEMAJUAN_PERTANIAN_KEMUBU_1972.pdf/page1-640px-AKTA_LEMBAGA_KEMAJUAN_PERTANIAN_KEMUBU_1972.pdf.jpg&w=640&q=50)
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan yang dipertanggungjawabkan untuk memajukan dan menggalakkan pembangunan ekonomi dan sosial golongan petani di kawasan Kemubu.
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 30 Mac 1972; 51 tahun yang lalu (1972-03-30) |
Bidang kuasa | Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia |
Ibu pejabat | Peti Surat 127, Jalan Dato’Lundang 15710 Kota Bharu, Kelantan,![]() |
Menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif Agensi |
|
Agensi induk | Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia |
Dokumen penting | |
Laman sesawang | Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu |
Nota kaki | |
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu di Facebook |
KADA, sebuah agensi yang unggul, berusaha meningkatkan taraf sosio-ekonomi petani dan pengeluaran makanan negara. Terutama dalam pengeluaran padi dan beras untuk memenuhi keperluan beras negara. KADA juga merupakan agensi kerajaan pusat yang membangunkan dan memperkuat institusi peladang. Tujuannya adalah menaungi keluarga tani dan meningkatkan pendapatan per kapita golongan petani agar selaras dengan pendapatan per kapita negara.
KADA juga bertujuan bagi merancang dan mengusahakan kawasan Kemubu dengan pelbagai kemajuan pertanian mengikut sebagaimana yang diperuntukkan oleh negeri.