Lelasan (perubatan)
luka yang disebabkan oleh kecederaan luaran pada kulit yang tidak melebihi bahagian epidermis / From Wikipedia, the free encyclopedia
Untuk kegunaan lain, sila lihat Lelasan (nyahkekaburan).
Dalam dermatologi, lelasan merupakan luka yang disebabkan oleh kerosakan luaran pada kulit dan luka tersebut tidaklah lebih dalam sehingga bahagian epidermis. Ia adalah tidak seteruk seperti pelecetan (laserasi) dan pendarahan serta jika ada, ia adalah minimum. Lelasan yang ringan, atau juga dikenali sebagai lecet tidak meninggalkan parut atau darah tetapi jika ia lelasan yang dalam, maka ia boleh membawa kepada pembentukan tisu parut. Lelasan lebih traumatik yang menghapuskan semua lapisan kulit dipanggil sebagai avulsi.
Fakta Segera ICD-10, ICD-9 ...
Tutup
Kecederaan lelasan kebiasaannya berlaku apabila bahagian kulit terdedah kepada sentuhan bergerak pada permukaan kasar boleh menyebabkan pengasahan pada lapisan atas epidermis.