Legeh Benua Amerika
From Wikipedia, the free encyclopedia
Legeh Benua Amerika (bahasa Inggeris: Continental Divide of the Americascode: en is deprecated ; dikenali juga sebagai Continental Gulf of Division, Great Divide, atau Continental Divide) adalah legeh hidrologi Amerika yang sebahagian besar rentangannya berupa gunung. Legeh Benua membentang dari Selat Bering hingga Selat Magellan, dan memisahkan daerah aliran sungai yang bermuara di Lautan Pasifik dari sistem sungai yang berakhir di Lautan Atlantik (termasuk sungai yang berakhir di Teluk Mexico dan Laut Caribbean, dan sistem sungai yang berakhir di Lautan Artik bersama rentangan utara Legeh Benua ini.
Meski ada banyak legeh hidrologi di Amerika, Legeh Besar adalah yang paling menonjol kerana mengikuti alur puncak tinggi di sepanjang rangkaian utama Gunung Rocky dan Andes dan ketinggiannya lebih tinggi daripada legeh hidrologi lain.