Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban adalah sebuah lebuh raya ekspres perbandaran di Kuala Lumpur, Malaysia.
![]() | |
---|---|
Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh ANIH Berhad | |
Panjang | 8.0 km (5.0 mi) |
Wujud | 1977–kini |
Sejarah | Siap pada tahun 1979 |
Simpang utama | |
Hujung utara | Jalan Istana, Kuala Lumpur |
Persimpangan utama | Jalan Lingkaran Tengah 1 Kuala Lumpur![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Hujung selatan | Plaza tol Sungai Besi |
Lokasi | |
Destinasi utama | Kuala Lumpur, Sungai Besi, Taman Desa, Kuchai Lama, Desa Petaling, Sri Petaling, Kompleks Sukan Negara, Seremban, Melaka, Johor Bahru |
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Sesetengah peta melabelkan lebuh raya ini sebagai memandangkan ia berhubung terus dengan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan; namun tanggapan tersebut adalah kurang tepat memandangkan sebelum ini lebuh raya tersebut belum diberikan sebarang kod laluan daripada kerajaan. Satu lagi sebab ialah kerana jajaran lebuh raya ini juga tidak diuruskan oleh PLUS Expressway Berhad, sebaliknya diuruskan oleh MetaCorp (dahulunya dikenali sebagai Metramac Corporation) - oleh itu, kadar bayaran tol di Plaza Tol Sungai Besi turut memasukkan bayaran tambahan bagi Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban.
Baru-baru ini, lebuh raya ini diberikan kod laluan bersama-sama dengan Lebuhraya Salak.