From Wikipedia, the free encyclopedia
Lawrence "Larry" Lessig (lahir 3 Jun 1961) ialah seorang ahli akademik dan aktivis politik Amerika. Beliau dikenali sebagai penyokong pengurangan pembatasan undang-undang ke atas hak cipta, tanda dagang, dan spektrum frekuensi radio, khususnya dalam pelbagai penerapan teknologi. Di Amerika Syarikat, beliau telah menyeru aktivisme besar-besaran dengan lingkup negara untuk mempromosikan reformasi yang substantif kepada pemerintah melalui Second Constitutional Convention.[1]
Lawrence Lessig | |
---|---|
Kelahiran | |
Pekerjaan | Pengasas, Creative Commons Pengasas, Stanford Center for Internet and Society Profesor, Harvard Law School |
Pasangan | Bettina Neuefeind |
Laman web rasmi | lessig.org |
Beliau berkhidmat sebagai pengarah Edmond J. Safra Foundation Center for Ethics di Universiti Harvard dan merupakan profesor undang-undang di Harvard Law School. Sebelum kembali menyertai Harvard, Lessig ialah profesor undang-undang di Stanford Law School serta pengasas Stanford Center for Internet and Society. Lessig ialah ahli lembaga pengarah Creative Commons, dan kini juga menjadi ahli lembaga di MapLight.[2] Selain itu beliau pernah menjadi ahli lembaga penasihat Sunlight Foundation[3] dan Americans Elect.[4] Lessig juga merupakan bekas ahli lembaga Free Software Foundation, Software Freedom Law Center, dan Electronic Frontier Foundation.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.