![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/51/Fluorescent_lamps_artistic.jpg/640px-Fluorescent_lamps_artistic.jpg&w=640&q=50)
Lampu pendarfluor
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lampu pendarfluor atau lampu kalimantang merupakan sejenis lampu nyahcas gas yang menggunakan arus elektrik untuk mengujakan wap raksa. Wap raksa yang diujakan ini menghasilkan sinar ultraungu gelombang pendek yang menyebabkan lapisan fosfor untuk menghasilkan cahaya tampak. Lampu penderfluor menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya yang boleh dimanfaatkan lebih baik daripada mentol lampu. Kos penggunaan tenaga yang rendah mengatasi kos awal lampu itu sendiri. Lampu ini lebih mahal daripada mentol lampu kerana ia memerlukan balast elektrik untuk mengawal arus elektrik di dalam lampu.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/51/Fluorescent_lamps_artistic.jpg/640px-Fluorescent_lamps_artistic.jpg)
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/5b/Leuchtstofflampen-chtaube050409.jpg/640px-Leuchtstofflampen-chtaube050409.jpg)
Sementara jenis tiub biasa banyak digunakan di bangunan komersial dan institusi, lampu pendarfluor padat kini boleh didapati dalam saiz yang sama seperti mentol lampu sebagai alternatif penjimatan tenaga di rumah.