From Wikipedia, the free encyclopedia
Laluan 6 merupakan satu projek laluan kereta api yang dirancang untuk Metro Montreal. Walau bagaimanapun, projek laluan ini telah dibatalkan oleh Kementerian Pengangkutan Quebec (MTQ). Tidak seperti laluan kereta api masa kini yang menggunakan teknologi roda getah, laluan 6 dirancang untuk menggunakan roda keluli.
Laluan 6 لالوان 6 | |
---|---|
Umum | |
Nama asal | Ligne 6 |
Jenis | Alihan laju |
Sistem | Metro Montreal |
Status | Dibatalkan |
Lokasi | Montreal Quebec Kanada |
Stesen | 11 |
Nombor laluan | 6 |
Operasi | |
Dirancang dibuka | 1989 |
Teknikal | |
Panjang aliran | 23.3 km (14.5 bt) |
Tolok landasan | 1,435 milimeter (4 ka 8.5 in) (tolok piawai) |
Pengelektrikan | Rel ketiga, 750 V DC pada bar panduan di kedua-dua sisi landasan |
Kementerian Pengangkutan Quebec (MTQ) merancang untuk membangunkan laluan baru pertama di atas laluan kereta api sedia. Pada 1982, MTQ menjangkakan laluan 6 akan mula beroperasi di sepanjang 23.3 kilometer (14.5 bt) laluan kereta api Syarikat Kereta Api Kebangsaan Kanada (Compagnie des chemins de fer nationaux du Canada) pada tahun 1989. Laluan ini juga dirancang untuk melalui bahagian utara pulau serta merentasi beberapa bandar seperti St. Laurent, Ahuntsic, Saint-Michel, Montreal-Nord, Riviere-des-Prairies dan Pointe-aux-Trembles.[1]
Bersilang dengan laluan Jingga (Laluan 2) di stesen Du Collège dan Sauve (juga stesen pertukaran untuk laluan 3 yang turut dibatalkan), laluan 6 akan mempunyai 11 stesen. Stesen-stesen yang dirancang termasuklah yang berada di atas jejambat dan yang searas tanah.
Menurut MTQ, kekerapan kereta api adalah sebanyak lima minit ketika waktu puncak dan setiap lima belas minit untuk waktu lain, dengan anggaran kelajuan dua kali lebih laju berbanding laluan kereta api bawah tanah. Kereta api tersebut akan mempunyai set empat gerabak untuk waktu puncak dan dua gerabak untuk waktu biasa. Tidak seperti laluan 3 (Merah) dan laluan 7 (Putih), laluan 6 tidak menerima kod warna kerana proses perancangan yang tidak sempat untuk disiapkan.
Menurut perancangan, laluan 6 akan mempunyai 11 buah stesen iaitu:[1]
|
|
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.