Laluan 1 (Kereta Api Bawah Tanah Seoul)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Laluan 1 Kereta Api Kawasan Ibu Negara (Bahasa Korea: 수도권 전철 1호선; 首都圈 電鐵 一號線) ialah rangkaian laluan kereta api yang berkhidmat di kawasan ibu negara Seoul dan sekitarnya. Ia dikendalikan dan diuruskan secara bersama di antara Perbadanan Kereta Api Korea (Korail) dan Perbadanan Pengangkutan Seoul (Seoul Metro). Nama bagi rangkaian laluan ini merupakan gabungan bagi laluan-laluan kereta api seperti Laluan 1, Laluan Gyeongwon, Gyeongbu, Gyeongin, Pangkalan Byeongjeom, Janghang dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Gyeongbu.
Fakta Segera Kawasan Ibu Negara لالوان 1 كريتا اڤي كاوسن ايبو نڬارا, Umum ...
Laluan 1 Kereta Api Kawasan Ibu Negara لالوان 1 كريتا اڤي كاوسن ايبو نڬارا | |
---|---|
Umum | |
Nama asal | 수도권 전철 1호선首都圈 電鐵 一號線 |
Jenis |
|
Sistem | Kereta Api Kawasan Ibu Negara |
Status | Beroperasi |
Lokasi | Kawasan Ibu Negara Seoul, Bandaraya Seoul, Wilayah Gyeonggi |
Terminal | Soyosan, Sinchang Incheon, Seodongtan, Gwangmyeong |
Stesen | 98[1] |
Perkhidmatan |
|
Operasi | |
Dibuka | 15 Ogos 1974 (1974-08-15) |
Pengendali |
|
Teknikal | |
Panjang landasan | 200.6 km (124.6 bt) |
Bilangan landasan | 13 |
Tolok landasan | 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) |
Pengelektrikan | Talian atas |
Pengisyaratan | ATS |
Tutup
Pada peta laluan, papan tanda dan panduan, rangkaian laluan ini ditunjukkan dalam warna biru ( ). Panjang keseluruhan laluan ini adalah 200.6 kilometer (124.6 batu).[2]