spesies tumbuhan From Wikipedia, the free encyclopedia
Lada hitam (nama saintifik: Piper nigrum) merupakan sejenis tumbuhan berbunga dari keluarga Piperaceae bertaburan asal dari Kerala, subbenua India[2][3] dan tersebar di kawasan-kawasan tropika. Tumbuhan ini ditanam untuk mendapatkan buah pepauhnya yang dijadikan sejenis rempah baik dalam bentuk segar (sama ada yang matang atau belum[4]) mahupun serbuk; rempah ini tidak sahaja penting dalam masakan[5] malah mempengaruhi perdagangan yang penting semenjak dahulu kala lagi.
Lada hitam | |
---|---|
Pepper plant with immature peppercorns | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | Magnoliids |
Order: | Piperales |
Keluarga: | |
Genus: | Piper |
Spesies: | P. nigrum |
Nama binomial | |
Piper nigrum | |
Pokok lada sejenis tumbuhan saka yang menjalar pada sebarang tiang sokongan sehingga 4 meter. Dedaunnya tumbuh setentang, setiap helai daun berbentuk bulat telur meruncing di hujung[6] dengan lebar 3-5 atau 6-10 sm serta panjang dan 5-10 atau 12-18 sm panjang.[6][7] Akarnya jenis tunjang.[5]
Bunga yang muncul tumbuh dari tangkai mencabang sepangkal dengan sesetengah daun tertentu, bunga yang disenyawakan akan menghasilkan buah sambil memanjang antara 5 hingga 12 sm. Buah yang terbentuk sempurna diukur kira-kira 5 milimeter (0.20 inci) diameter sebiji, bertukar warna kepada merah gelap apabila matang sepenuhnya. Setiap ranting dapat menghasilkan 20 hingga 30 biji buah setangkai dengan panjang antara 4 hingga 15 sm.[7]
Buah lada lazimnya dapat dipetik apabila ia masak dalam tempoh 5 hingga 6 bulan.[7] Jenis lada dan serbuk yang dihasilkan darinya boleh diperolehi dalam pelbagai tahap kematangan buah yang hendak dipetik:[4][7]
Pengeluar terbesar lada hitam adalah Brazil, India, Indonesia, Malaysia, dan Vietnam. Di Malaysia, ia dibantu oleh Jemaah Pemasaran Lada Hitam (JPLH), Lembaga Lada Hitam Malaysia (MPB) 1 Jan 2007.
Lada kering yang dikisar telah digunakan sejak zaman purbakala untuk kedua-dua citarasa dan sebagai ubat. Lada hitam adalah rempah di dunia yang paling diperniagakan. Ia adalah salah satu rempah yang paling biasa yang dimasukkan ke dalam masakan Eropah. Kepedasan lada hitam adalah disebabkan oleh kimia piperine. Ia banyak didapati dalam dunia yang moden ini, sering berpasangan dengan garam.
Ia merupakan sumber pendapatan utama kerajaan Chera terletak di kawasan Kerala moden,[10] ia sering didagangkan di pelabuhan Muziris yang banyak disebutkan dalam sumber-sumber zaman klasik.[11][12][13][14]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.