From Wikipedia, the free encyclopedia
Kyoto Animation (京都アニメーション , Kyōto Animēshon, seringkali disingkatkan menjadi KyoAni) merupakan studio animasi Jepun yang terletak di Uji, Kyoto, Jepun. Studio animasi ini ditubuhkan dalam tahun 1981, menjadi sebuah syarikat terhad pada 1985, kemudiannya menjadi sebuah korporasi dalam tahun 1999. Diketuai oleh Hideaki Hatta, syarikat ini digabungkan dengan sebuah studio popular iaitu Sunrise dan syarikat induk kepada Animation Do.[1] Meskipun ditubuhkan pada 1981, Kyoto Animation telah mencipta hanya tujuh buah anime setakat ini (2007), lima daripadanya merupakan siri televisyen, dan telah terlibat dalam produksi Kiddy Grade, InuYasha, Nurse Witch Komugi, Tenchi Universe, dan Generator Gawl.
Jenis/bentuk sah | Syarikat perniagaan |
---|---|
Industri | Animasi Jepun |
Ditubuhkan | 1981 |
Ibu pejabat | Uji, Jepun |
Tokoh penting | Hideaki Hatta, Presiden |
Keluaran | Anime |
Bilangan kakitangan | 137 (2019) |
Anak syarikat | Animation Do |
Tapak web | Laman rasmi Kyoto Animation |
sunting · sunting di Wikidata |
Syarikat ini dihormati oleh ramai peminat-peminat di atas dedikasi mereka mencipta animasi berkualiti tinggi serta adaptasi mereka terhadap media-media popular masa kini.
Pada pagi 18 Julai 2019, bangunan Studio 1 milik Kyoto Animation di Kyoto telah dibakar dalam sebuah cubaan pembakaran sengaja, di mana sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.