![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/88/Kurt_Hamrin_%25281970%2529.jpg/640px-Kurt_Hamrin_%25281970%2529.jpg&w=640&q=50)
Kurt Hamrin
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kurt Roland Hamrin (Swedish: [kɵʈ hamˈriːn]; 19 November 1934 - 4 Februari 2024) merupakan bekas pemain bola sepak Sweden. Beliau kini merupakan penjaring gol kelapan terbanyak di Serie A dengan menjaringkan 190 gol. Hamrin seorang pemain yang pantas, kreatif, berkebolehan untuk menggelecek menggunakan kedua-dua belah kakinya dan beliau turut berbisa di hadapan pintu gol pasukan lawan. Di samping meraih kejayaan di peringkat kelab, Hamrin turut menempuh karier antarabangsa yang cemerlang apabila beliau membantu Sweden untuk mara ke final Piala Dunia 1958 yang berlangsung di negara tanah airnya. Beliau diakui luas sebagai salah satu pemain bola sepak Sweden terhebat sepanjang zaman.
Fakta Segera Maklumat peribadi, Nama penuh ...
![]() | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Kurt Roland Hamrin | ||
Tarikh lahir | (1934-11-19)19 November 1934 | ||
Tempat lahir | Stockholm, Sweden | ||
Tarikh kematian | 4 Februari 2024(2024-02-04) (umur 89) | ||
Tempat kematian | Firenze, Itali | ||
Ketinggian | 1.70 m (5 ka 6 7⁄8 in) | ||
Posisi permainan | Sayap | ||
Kerjaya remaja | |||
1946–1947 | Huvudsta IS | ||
1947–1948 | Råsunda IS | ||
1949–1951 | AIK | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1952–1955 | AIK | 62 | (54) |
1956–1957 | Juventus | 23 | (8) |
1957–1958 | Padova | 30 | (20) |
1958–1967 | Fiorentina | 289 | (150) |
1967–1969 | Milan | 36 | (9) |
1969–1971 | Napoli | 22 | (3) |
1971–1972 | IFK Stockholm | 10 | (5) |
Jumlah | 472 | (249) | |
Pasukan kebangsaan | |||
1953–1965 | Sweden | 32 | (17) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Tutup