Kunoichi
ninja wanita / From Wikipedia, the free encyclopedia
Seorang kunoichi (Bahasa Jepun: くノ一) ialah ninja wanita atau pengamal ninjutsu (ninpo). Semasa zaman feudal di Jepun, ninja digunakan sebagai pembunuh, mata-mata dan utusan. Latihan kunoichi berbeza dengan latihan yang diberikan kepada ninja lelaki, walaupun mereka memiliki keahlian yang sama dan dilatih dalam seni mempertahankan diri, seperti taijutsu dan ninjutsu. Latihan Kunoichi cenderung mengutamakan kemahiran tradisi wanita.
Untuk kegunaan lain, sila lihat Kunoichi (nyahkekaburan).