Kumpulan Tentera Darat E
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kumpulan Tentera Darat E (Heeresgruppe E) adalah sebuah kumpulan tentera darat Jerman yang aktif semasa Perang Dunia II.
Kumpulan Tentera Darat E telah ditubuhkan pada 1 Januari 1943 daripada Tentera Darat Ke-12. Unit-unit dari kumpulan tentera darat ini telah diagih-agihkan ke seluruh kawasan Timur Mediterranean, termasuk Albania, Greece, Wilayah Panglima Tentera di Serbia, dan Negara Merdeka Croatia.