![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/56/Andalusian_horse_moscow.jpg/640px-Andalusian_horse_moscow.jpg&w=640&q=50)
Kuda Andalusia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Andalusia, juga dikenali sebagai Kuda Sepanyol Asli atau PRE (Pura Raza Española), adalah satu baka kuda yang berasal daripada Semenanjung Iberia, Sepanyol. Moyang kuda Andalusia telah wujud di Semenanjung Iberia sejak beribu-ribu tahun dahulu. Ia diakui sebagai satu baka individu sejak kurun ke-15, dan pelarasan hanya mengalami sedikit perubahan sejak beberapa kurun. Sepanjang sejarahnya, Andalusia dikenali untuk kelayakannya sebagai seekor kuda perang, dan dihargai oleh para bangsawan. Baka ini digunakan sebagai alat diplomasi oleh kerajaan Sepanyol, dan para raja di seluruh Eropah memiliki dan menunggang kuda Sepanyol. Semasa kurun ke-19, peperangan, penyakit dan pengacukkan telah mengurangkan jumlah kawanan ini secara dramatik, dan meskipun dengan beberapa pemulihan pada akhir kurun ke-19, trend ini berterusan sehingga kurun ke-20. Eksport kuda Andalusia telah disekat sehingga tahun 1960-an. Meskipun jumlah kuda ini masih kecil, tetapi baka ini telah disebarkan dengan meluas ke seluruh dunia. Setakat 2003[kemas kini], terdapat lebih daripada 75,000 ekor kuda hidup Andalusia telah didaftar di seluruh dunia.
![]() Kuda Andalusia | ||
Ciri-ciri unggul: | Badan tegap, kompak, elegan, bulu tengok dan ekor yang lebat | |
Nama alternatif: | Kuda Sepanyol, Pura Raza Española | |
Negara asal: | Semenanjung Iberia, Sepanyol | |
Nama gelaran biasa: | Kuda Raja | |
Standard baka | ||
IALHA: | Standard baka | |
Persatuan Andalusia Australasia: | Standard baka | |
ANCCE: | Standard baka | |
Kuda (Equus ferus caballus) |