![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/61/2021_Belarus-EU_border_crisis_-_general_map.png/640px-2021_Belarus-EU_border_crisis_-_general_map.png&w=640&q=50)
Krisis sempadan Belarus–Kesatuan Eropah 2021
krisis pendatang di sempadan Poland, Lithuania dan Latvia dengan Belarus pada 2021 / From Wikipedia, the free encyclopedia
Krisis sempadan antara Belarus dan Kesatuan Eropah adalah suatu krisis penghijrahan yang berlaku disebabkan oleh kemasukan besar-besaran pendatang haram dari Timur Tengah[1] terutamanya wilayah Kurdistan dalam Iraq serta sebilangan kumpulan dari Asia dan Afrika[2][3] ke Lithuania, Latvia dan Poland melalui sempadan ketiga-tiga negara ini dengan Belarus. Tambahan lagi, krisis tersebut tercetus disebabkan oleh hubungan antara Belarus dan Kesatuan Eropah yang semakin merosot selepas pilihan raya presiden Belarus, bantahan, insiden penerbangan 4978 Ryanair dan percubaan penghantaran pulang atlet Krystsina Tsimanouskaya.
![]() | Rencana ini menerangkan hal semasa. Maklumatnya besar kemungkinan berubah-ubah seiring dengan perkembangan peristiwa, dan laporan berita awal tidak semestinya boleh dipercayai. Kemas kini terakhir bagi rencana ini tidaklah membayangkan maklumat yang paling terkini. (21 November 2021) |
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/61/2021_Belarus-EU_border_crisis_-_general_map.png/640px-2021_Belarus-EU_border_crisis_-_general_map.png)
Lithuania, Latvia dan Poland Tiga yang merupakan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) menerangkan bahawa krisis itu merupakan perang hibrid serta menggelarkan krisis tersebut sebagai insiden pemerdagangan pendatang yang dilancarkan oleh Belarus terhadap EU. Ketiga-tiga pemerintah negara ini mengisytiharkan darurat dan mengumumkan keputusan mereka untuk membina tembok di sempadan mereka dengan Belarus, di mana Poland meluluskan perbelanjaan anggaran €353 juta untuk membina penghadang sepanjang 60 kilometer (37 bt).[4] Pihak Kesatuan menghantar pegawai-pegawai sokongan dan kereta-kereta rondaan ke Lithuania[5] dan dua belas pemerintah atau kerajaan EU menyatakan sokongan mereka untuk penghadang fizikal di sempadan.[6]