Kris Allen
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kristopher Neil "Kris" Allen (lahir Jun 21, 1985) merupakan seorang pemuzik Amerika dan penulis lagu daripada Conway, Arkansas, serta pemenang musim ke-8 American Idol. Sebelum Idol, dia telah menerbitkan sendiri album pada tahun 2007 bertajuk Brand New Shoes.
Kris Allen | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Kristopher Neil Allen |
Berasal dari | Conway, Arkansas, Amerika Syarikat |
Genre | Rock alternatif, rock pop muzik Kristian |
Pekerjaan | Penyanyi-penulis lagu, ahli muzik |
Instrumen | Vokal, gitar, piano, papan nada, biola |
Tahun aktif | 2007–kini |
Syarikat rakaman | Jive/19 Recordings |
Laman sesawang | www.KrisAllenOfficial.com |
Lagu pertabalan Allen, "No Boundaries" dan versi "Heartless" telah memasuki carta 20 Teratas dalam Billboard Hot 100.
Album selepas Idol yang bertajuk dirinya sendiri telah dikeluarkan pada November 17, 2009 oleh 19 Recordings dan Jive Records. Album tersebut bermula pada nombor sebelas dalam U.S. Billboard 200. Single utama album tersebut, "Live Like We're Dying" telah dikeluarkan pada September 21, 2009 dan memuncak pada nombor lapan belas dalam U.S. dengan jualan gabungan melebihi 1.7 juta. Album label utama kedua Allen Thank You Camellia telah dikeluarkan pada Mei 22, 2012, dan single utama "The Vision Of Love" telah dikeluarkan pada Mac 26, 2012.