From Wikipedia, the free encyclopedia
Kosmo! Ahad merupakan akhbar edisi hari ahad bagi akhbar Kosmo!, dimiliki oleh Kumpulan Utusan, yang turut memiliki Utusan Malaysia, Kosmo! dan Mingguan Malaysia. Ia dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 30 Ogos 2004.
Jenis | Surat khabar mingguan Ahad |
---|---|
Format | Pencetakan |
Diasaskan | 31 Ogos 2004 |
Bahasa | Melayu |
Dihentikan penerbitan | 9 Oktober 2019 |
Pemilik | Kumpulan Utusan |
Kumpulan Utusan mengumumkan bahawa mereka akan menaikkan harga Kosmo! Ahad dari RM1.00 hingga RM1.50 dan beralih kepada model perniagaan baru.[1][2][3]
Meskipun terdapat cubaan menyelamatkan Kosmo! Ahad dan tiga lagi akhbar terbitan Utusan, pengerusi eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir mengumumkan bahawa syarikat akhbar itu akan menamatkan penerbitan pada 10 Oktober 2019 berikutan aliran tunai yang lemah, hutang meningkat dan jualan yang menurun. Kakitangan diberi beberapa jam untuk mengemaskan barang-barang mereka daripada ibu pejabat Kumpulan Utusan. Empat akhbar Utusan dijangka akan diterbitkan semula pada 1 November 2019 di bawah pengurusan baru.[4][5][6] Aurora Mulia, syarikat yang dikaitkan dengan hartawan perniagaan Syed Mokhtar Al-Bukhary, dilaporkan memperoleh 70 peratus anak syarikat milik penuh Utusan, Dilof Sdn Bhd. Namun, hanya sebahagian daripada 862 pekerja yang berlebihan akan diambil bekerja semula.[7][8]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.