From Wikipedia, the free encyclopedia
Korvettenkapitän (bahasa Jerman: [kɔʁˈvɛtn̩kapiˌtɛːn] ( dengar); bahasa Inggeris: Corvette captain ) ialah pangkat pegawai kanan paling rendah dalam beberapa tentera laut yang berbahasa Jerman.
Kepten korvet Korvettenkapitän | |||||||
| |||||||
Negara | Jerman | ||||||
Cabang perkhidmatan | Tentera Laut Jerman | ||||||
Singkatan | KKpt | ||||||
Kumpulan pangkat | Pegawai kanan | ||||||
Kod NATO | OF-3 | ||||||
Pangkat tinggi seterusnya | Fregattenkapitän | ||||||
Pangkat rendah seterusnya | |||||||
Persamaan pangkat | Major | ||||||
Korvettenkapitän, singkatan: KKpt/dalam daftar: KK, (Melayu: Kepten korvet dan bahasa Inggeris: Corvette captain ) ialah pangkat pegawai kanan paling rendah (Jerman: Stabsoffizier Rang ) dalam Tentera Laut Jerman.[1]
Selaras dengan ZDv 10/8, cara panggilan rasmi pegawai berpangkat Korvettenkapitän (OF-3) ialah "Herr/Frau Korvettenkapitän". Bagaimanapun, mengikut tradisi tentera laut Jerman pangkat "Korvettenkapitän" akan disapa "Herr/Frau Kapitän", atau dalam bahasa pelaut sebagai "Herr/Frau Kap'tän".
Lencana pangkat Korvettenkapitän, dipakai pada lengan baju dan bahu, berbentuk satu bintang berbucu lima di atas tiga jalur lurus (atau gegelang lengan; tanpa bintang apabila sarung pangkat jenis slip on dipakai).
Pangkat ini ditakrif OF-3a[2] dalam NATO, dan setaraf dengan Major dalam Heer, dan Luftwaffe. Ia ditetapkan dalam skala gaji A13 oleh Kementerian Pertahanan Persekutuan dan lebih kanan dari pangkat Kapitänleutnant (bm: Leftenan), serta Stabskapitänleutnant.
Pangkat pegawai Tentera Laut Jerman | |||
Kerjaya pegawai medan | |||
pangkat junior Kapitänleutnant |
Korvettenkapitän (Oberstabsarzt) |
pangkat senior Fregattenkapitän | |
Pegawai Waran / kerjaya pegawai pakar | |||
Kapitänleutnant | Stabskapitänleutnant | tamat kerjaya pegawai pakar |
Bahagian ini memerlukan pengembangan. Anda boleh menolong dengan membaiki seksyen itu. (April 2022) |
Di dalam Tentera Laut Imperial Jerman dan Kriegsmarine pangkat "Korvettenkapitän" merupakan pangkat terendah dalam kumpulan pegawai kanan. Tanda pangkat terdiri daripada shoulder kord (epaulet jenis berpintal) berwarna perak dan jalur lengan berwarna emas. Shoulder kord perlu dipakai pada jaket uniform dan ia berbentuk pintalan brid berwarna perak (tanpa paku/bintang) pada pelapik yang berwarna biru kelasi.
Lencana lengan terdiri daripada tiga jalur lurus, dan satu bintang berbucu lima di atasnya. Gegelang pada lengan baju meliliti manset bawah.
Korvettenkapitän yang berada dalam Volksmarine GDR merupakan gred terendah bagi kumpulan pangkat pegawai kanan. Ia setanding dengan pangkat Major Tentera Darat dan Tentera Udara NPA.
Tanda pangkat terdiri daripada shoulder kord dan jalur lengan. Shoulder kor hendaklah dipakai pada jaket uniform dan ia berbentuk pintalan brid berwarna perak berserta satu paku (bintang) emas pada pelapik yang berwarna biru kelasi.
Lencana lengan berbentuk tiga jalur lurus, dan satu bintang berbucu lima di atasnya. Bercanggah dengan tradisi Tentera Laut Imperial Jerman, di mana gegelang lengan baju meliliti manset bawah, jalur lengan Volksmarine hanya membentuk 40% lilitan.
Insignia | Bahu | Lengan | Pangkat lebih tinggi/lebih rendah |
---|---|---|---|
Kaiserliche Marine[3] | Fregattenkapitän Kapitänleutnant | ||
Reichsmarine[4] | |||
Kriegsmarine[5] | |||
Volksmarine[6] | |||
Tentera Laut Jerman[7] |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.