Korvet Kelas Sa'ar 5
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sa'ar 5 (Ibrani: tempest סערcode: he is deprecated ) adalah sebuah kelas korvet di dalam Tentera Laut Israel. Ia direka berdasarkan pengalaman dan pengajaran yang didapati dari pengoperasian kapal kelas Sa'ar 4.5. Tiga buah kapal kelas ini telah dibina oleh Northrop Grumman Ship Systems (dahulunya Litton-Ingalls Shipbuilding Corporation dari Pascagoula, Mississippi) untuk Tentera Laut Israel berdasarkan rekabentuk yang disediakan oleh Israel. Korvet dari kelas Sa'ar 5 merupakan armada kapal permukaan tercanggih Israel pada waktu ini. Setiap satu kapal ini berharga sebanyak AS$ 260 juta.
Fakta Segera Gambaran keseluruhan kelas, Ciri-ciri umum ...
Sa'ar 5 | |
Gambaran keseluruhan kelas | |
---|---|
Nama: | Sa'ar 5 |
Pembina: | Northrop Grumman oleh Ingalls Shipbuilding |
Pengguna: | ![]() |
Sebelumnya: | Bot peluru berpandu Kelas Sa'ar 4.5 |
Jumlah disiapkan: | 3 |
Jumlah aktif: | INS Eilat, INS Lahav, INS Hanit |
Ciri-ciri umum | |
Kelas dan jenis: | Korvet |
Sesaran: | |
Panjang: | 85.64 meter (280.97 ka) |
Lunas: | 11.88 meter (38.98 ka) |
Draft: | 3.17 meter (10.40 ka) |
Jana kuasa: |
|
Halaju: |
|
Jarak: | 3,500 batu nautika (6,500 km) |
Anak kapal: |
|
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Peperangan elektronik & pengumpan: |
|
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: | Eurocopter Panther |
Kemudahan penerbangan: | Pad helikopter dan hangar helikopter |
Tutup
Kapal pertama dari kelas ini, INS Eilat, telah dilancarkan pada bulan Februari 1993, diikuti oleh INS Lahav pada Ogos 1993 dan INS Hanit pada Mac 1994.