KAI KF-21 Boramae
From Wikipedia, the free encyclopedia
KAI KF-21 Boramae adalah satu projek oleh Korea Selatan bagi membangunkan sebuah pesawat pejuang buatan tempatan untuk Tentera Udara Republik Korea (ROKAF) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI-AU).
Fakta Segera KF-21 Boramae, Peranan ...
KF-21 Boramae | |
---|---|
Sebuah prototaip KF-21, bernombor 001 membuat ujian penerbangan pada 18 Ogos 2022 | |
Peranan | Block 1: pesawat penguasaan udara[1] Block 2: MRCA, pesawat penguasaan udara[1] |
National origin | Korea Selatan |
Pengeluar | Industri Aeroangkasa Korea / Aeroangkasa Indonesia |
Kumpulan pereka | Agensi untuk Pembangunan Pertahanan[2] |
Penerbangan sulung | 19 Julai 2022 |
Pengenalan | 2026 (dirancang)[1] |
Pengguna utama | Tentera Udara Republik Korea |
Tutup
Projek ini diumumkan buat pertama kali oleh Presiden Korea Selatan Kim Dae-Jung pada majlis graduasi di Akademi Tentera Udara pada bulan Mac 2001. Meskipun keperluan operasi awal untuk program KF-X seperti yang dinyatakan oleh ADD (Agensi Pembangunan Pertahanan) adalah satu tempat duduk, jet enjin berkembar dengan keupayaan halimunan melepasi tahap yang terdapat pada Dassault Rafale atau Eurofighter Typhoon, tetapi masih di bawah tahap Lockheed Martin F-35 Lightning II.