From Wikipedia, the free encyclopedia
Kiosk (daripada Turki köşk, daripada Parsi kūshk) merujuk pada satu wakaf taman, kecil berasingan, yang terbuka pada semua atau sebahagian sisinya. Kiosk biasa terdapat di Persia, Benua India, dan di Empayar Uthmaniyyah sejak kurun ke-13 dan seterusnya. Hari ini, terdapat banyak kiosk di dalam dan sekitar Istana Topkapı di Istanbul, dan ia masih mudah dilihat di negara-negara Balkan.
Perkataan ini kini digunakan untuk gerai kecil yang menawarkan barangan dan perkhidmatan dan bagi terminal komputer berdiri bebas.
Di hemisfera Barat dan di negara-negara berbahasa Inggeris, kiosk juga merujuk pada sebuah pondok dengan tingkap terbuka di satu sisi. Beberapa vendor beroperasi dari kiosk (lihat kiosk pasaraya), menjual barangan kecil, murah untuk digunapakai seperti surat khabar, majalah, pemetik api, peta jalan, rokok, umpan hidup dan beku dan roti konfeksi.
Kiosk maklumat (atau pondok maklumat) memberikan maklumat dalam bentuk peta, risalah, dan bahan bacaan yang lain, dan / atau nasihat yang diberikan oleh penjaga.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.