Kereta sewa
From Wikipedia, the free encyclopedia
Agensi Perkhidmatan kereta sewa, kereta sewa, atau sewa kereta adalah sebuah syarikat sewa kereta untuk tempoh yang singkat, biasanya terdiri dari beberapa jam sehingga beberapa minggu atau bulan. Kebiasaannya, agensi kereta sewa mempunyai banyak cawangan (yang membolehkan pengguna untuk kembalikan kenderaan di lokasi yang berbeza), dan terutamanya terletak berdekatan lapangan terbang atau kawasan bandar yang sibuk. Agensi kereta sewa juga turut menyediakan laman web yang membolehkan tempahan secara online.
Agensi kereta sewa mensasarkan golongan masyarakat yang memerlukan kenderaan sementara, seperti orang-orang yang tidak memiliki kereta mereka sendiri, pelancong, atau pemilik kenderaan rosak atau musnah yang menunggu perbaikan atau pampasan insurans. Agensi kereta sewa juga memenuhi keperluan syarikat atau industri, dengan menyewa van, trak, atau jenis lain kenderaan seperti kereta atau motosikal.
Selain perkhidmatan sewa kenderaan, agensi penyewaan kereta biasanya juga menawarkan tambahan produk seperti insurans, global positioning sistem (GPS) sistem navigasi, sistem hiburan, telefon bimbit, portable WiFi dan kerusi keselamatan kanak-kanak.