Pemerintah persekutuan Amerika Syarikat
pemerintah kebangsaan bagi Amerika Syarikat / From Wikipedia, the free encyclopedia
Pemerintah persekutuan Amerika Syarikat[lower-alpha 1] (bahasa Inggeris: Federal government of the United Statescode: en is deprecated )[lower-alpha 2] ialah entiti pemerintahan pusat yang ditubuhkan oleh Perlembagaan Amerika Syarikat, yang berkongsi kedaulatan ke atas Amerika Syarikat dengan pemerintah-pemerintah negeri dalam negara tersebut. Kerajaan persekutuan mempunyai tiga cabang: legislatif, eksekutif dan kehakiman. Melalui sistem pemisahan kuasa dan sistem "semak dan imbang," setiap cabang ini mempunyai kuasa untuk bertindak sendiri, beberapa kuasa untuk mengawalselia dua lagi cabang, dan mempunyai kuasa dikawalselia oleh dua lagi cabang. Dasar pemerintah persekutuan mempunyai kesan luas ke atas kedua-dua hal-ehwal domestik dan luar Amerika Syarikat. Selain itu, kuasa pemerintah persekutuan secara keseluruhannya dibataskan oleh Perlembagaan, yang mengikut Pindaan Kesepuluh, menyatakan kuasa lain yang tidak diberikan secara tersurat kepada pemerintah persekutuan adalah diperuntukkan bagi negeri atau rakyat.
Pemerintah persekutuan Amerika Syarikat ڤمرينته ڤرسکوتوان اميريکا شريکت | |
---|---|
United States Federal Government | |
Umum | |
Pembentukan | 1789; 235 tahun yang lalu (1789) |
Dokumen pengasasan | Perlembagaan Amerika Syarikat |
Negara | Amerika Syarikat |
Bidang kuasa | Amerika Syarikat |
Laman sesawang | www |
Cabang perundangan | |
Perundangan | Kongres |
Tempat persidangan | Kapitol |
Cabang eksekutif | |
Ketua pemerintah dan negara | Presiden |
Dilantik oleh | Badan Pemilih |
Ibu pejabat | Rumah Putih |
Alat utama | Kabinet |
Jabatan | 15 |
Cabang kehakiman | |
Mahkamah | Mahkamah Agung |
Pusat | Bangunan Mahkamah Agung |
sunting · sunting di Wikidata |
Pusat bagi pemerintah persekutuan adalah di daerah persekutuan Washington, D.C.