From Wikipedia, the free encyclopedia
Kepulauan Zanzibar (Swahili: Funguvisiwa la Zanzibar, Arab: أرخبيل زنجبار) ialah sekumpulan pulau yang terletak di kawasan pesisir Tanzania, Afrika Timur dan berkedudukan di selatan Laut Somali. Kepulauan ini terdiri daripada empat buah pulau utama, tiga daripadanya berpenghuni manakala sebuah pulau lagi dijadikan sebagai pulau terumbu karang, dan sebilangan pulau-pulau kecil.[2] Kepulauan ini juga dikenali sebagai "Kepulauan Rempah" memandangkan masayarakat yang menghuni kepulauan ini banyak menanam rempah ratus seperti lada hitam dan kayu manis.
Native name: Funguvisiwa la Zanzibar | |
---|---|
Geography | |
Location | Lautan Hindi |
Coordinates | 5°41′0″S 39°32′0″E |
Administration | |
Kawasan | Zanzibar, Kawasan Pwani |
Capital and largest Bandar terbesar | Zanzibar City (pop. 205,870[1]) |
Kebanyakan daripada pulau-pulau ini tertakluk kepada pemerintahan wilayah separa autonomi Zanzibar di Tanzania, tetapi salah satu pulau utama, Pulau Mafia tertakluk kepada pemerintahan kawasan Pwani yang mentadbir dari tanah besar Tanzania (Tanganyika).
Kepulauan ini terletak di timur pesisir Pesisir Swahili, yakni di Lautan Hindi. Kepulauan ini terdiri daripada empat pulau utama, yakni:
Pulau-pulau kecil pula terletak di sekeliling pulau-pulau utama, dan lazimnya tidak berpenghuni. Iklim di Kepulauan Zanzibar lazimnya panas dan sangat lembap.
Pulau Unguja atau Pulau Zanzibar ialah pulau terbesar dan paling utama di Kepulauan Zanzibar. Pulau-pulau kecil yang berada di sekitar Pulau Unguja ialah:
|
|
Pulau Pemba ialah pulau kedua terbesar Kepulauan Zanzibar selepas Pulau Unguja. Pulau-pulau yang berada di sekitar pulau ini termasuklah:[4]
|
|
Pulau Unguja memiliki fauna yang berkait dengan tanah besar Afrika ketika Zaman Air Batu terakhir. Pulau ini memiliki beberapa spesis endemik seperti monyet Procolobus kirkii yang terancam dan harimau bintang Zanzibar, Panthera pardus pardus. Pulau ini memiliki terumbu karang berdekatan pesisir pantai pulau dan memiliki biokepelbagaian marin yang ketara.[5][6]
Pihak IUCN dan Tabung Alam Sedunia kini banyak terlibat dalam pelbagai projek hidupan liar di kepulauan ini. Flora dan fauna Zanzibar juga tertakluk kepada Akta Hidupan Liar Zanzibar.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.