Kepulauan Solomon
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kepulauan Solomon (Solomon Islands) merupakan sebuah negara di Melanesia yang terletak di timur Papua New Guinea dan terdiri daripada lebih 990 buah pulau dengan jumlah keluasan tanah sebesar 28,400 kilometer persegi. Ibu negaranya, Honiara, terletak di pulau Guadalcanal.
Kepulauan Solomon کڤولاوان سولومون | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: To Lead is to Serve | |||||
Lagu kebangsaan: God Save Our Solomon Islands Lagu DiRaja: God Save the King | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Honiara | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Inggeris | ||||
Kerajaan | Raja berperlembagaan berparlimen unitari | ||||
• Raja | Charles III | ||||
• Gabenor Jeneral | Sir David Vunagi | ||||
• Perdana Menteri | Jeremiah Manele | ||||
Badan perundangan | Parlimen | ||||
Kemerdekaan daripada UK | |||||
• Tarikh | 7 Julai 1978 | ||||
3.2% | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan Julai 2005 | 478,000 (167) | ||||
KDNK (PPP) | 2005 | ||||
• Jumlah | $911 juta (171) | ||||
$1,894 (146) | |||||
HDI (2003) | 0.592 sederhana · 128 | ||||
Mata wang | Dolar Kepulauan Solomon ( SBD ) | ||||
Zon waktu | () | ||||
Kod panggilan | 677 | ||||
Kod ISO 3166 | SB | ||||
DPT internet | .sb |
Kepulauan Solomon telah didiami oleh orang Melanesia sejak sekitar 30,000 tahun dahulu dan menjadi sebuah negeri naungan United Kingdom sejak 1890-an. Beberapa pertempuran sengit Perang Dunia Kedua telah berlaku di sini. Kepulauan Solomon diberi hak untuk pemerintahan sendiri pada tahun 1976 dan kemerdekaan dua tahun kemudian. Negara ini masih menjadi anggota Kerajaan Komanwel.
Sejak keganasan etnik yang berlaku pada 1997, negara Solomon mengalami masalah salah laku kerajaan serta jenayah dan ini telah melemahkan kestabilan masyarakat di sana. Pada Jun 2003, satu pasukan berbagai negara yang diketuai oleh Australia yang dipanggil "Misi Bantuan Wilayah ke Kepulauan Solomon" (RAMSI) tiba di negara tersebut untuk mengembalikan keamanan dan melucutkan senjata tentera awam etnik.